11 June 2016

#HURT- REHAN MAKHTAR

#HURT- REHAN MAKHTAR


TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Say...a tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.


“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan


#hurt.. mmg hurt sgt.. Dr awal hinggalah 3/4.. rasa itu tetap sama. Raqib dan Aatiq. Dua nama yang mmg diciptakan utk bersama. Percaturan hidup yg ditulis oleh RM kali ini memang sadis. Sadis bila tiba - tiba hati berkata sayang dalam benci. Apa yg jelas di sini. .Aatiq memang x lari dari umur 20an dia tu. Cara bercakap.. gerak badan. Pemikirannya sahaja yg matang. Mungkin sebab pengalaman hidupnya. Tapi, tidak mencorakkan Aatiq menjadi watak yg boleh dikatakan tdk logik.

Hadirnya Shafiq yg x pernah mengalah. Shafiq yg gigih berusaha.. menjadikan hidup Aatiq bahagia. Walaupun Bkn dgn cinta. . Tp kasih sbg sahabat. RM masih lagi mengekalkan "chicken  soup".. rindu benar ML nak join. Kali terakhir ML terlibat tahun 2010 ... dan smp sekarang masih x berkesempatan nak join. Mungkin one day.. insya-allah. .. mohon doakan ya..

Berbalik kepada #hurt. Satu sahaja yg boleh ML cakapkan... apa lagi yg mahu didustakan. Insya-allah. .. Novel ni akan jd antar novel yg berada paling hadapan almari ML. Walaupun dicapai oleh sang anak dara. Ianya tidak dirisaukan..  padat dan tepat.

Tahniah RM... masih lagi mengekalkan ombak2  debar di hati pembaca. Ombak2  sebu dan sebak.  Yg pasti, ianya padat. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Dia. Siapalah kita untuk menyangkal kehendakNya.  Setiap yang terjadi.. pasti ada hikmah yg tersembunyi. Moga kita terus berusaha ke arah mencintaiNya.

-Salam Ramadhan
 

Rate: 4 star

No comments:

Post a Comment