08 June 2016

SESEORANG UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR

SESEORANG UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR



Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr


Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?



Apa lagi mahu diragui dgn sebuah nama RM. Bagilah apa corak sekalipun, readers pasti tersayat. Seperti biasa, novelnya padat dengan pengisian. Sama ada halus mahupun kasar. Mahu dengan tak mahu sahaja pembaca terap dalam hidup.

Sakit seorang Lai diubati dengan “hebat”nya seorang Qadr. Allah… percaturan takdir yang indah dilukis RM. Betul, rahsia Allah memang x terduga. Jodoh dan takdir yang tercatat tak perlu disangkal. Cuma bagaimana dia datang tu, rezeki masing-masing.

Sadisnya seorang Liza bila tega khianati hati manusia bernama Lai. Mungkin kerana kasih saying yang melimpah ruah yang dia selalu dapat membuatkan dia terus hanyut dan tamak.

Zarul yang kengkadang ML dapat nampak sisi baiknya. Ada sipi-sipi Qadr jugak. Rasanya semua lelaki dalam SUA ni, semuanya hebat. Zarul walaupun sedikit “bongok” tapi, masih lagi seoarang lelaki yang baik. Kalau x, tak adalah dia kembali lagi kepada si Liza. 

Cuma, yang ML pelik, macam mana Lai boleh terus cool bila tersingkapnya rahsia Liza. Boleh pula dia bertenang. Bila balik KL, baru dia rasa tertekan.. hailah… yang ini memang ML tak paham. 

ML pun bersetuju dengan sesetengah rakan² di GD ni.. ini karya terbaik RM. 

Rate : 5/5

No comments:

Post a Comment