31 July 2016

Aku, Dia dan Pinky Promise - Anna Lee


 
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki. 

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya. 

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara. 
“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”
“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”
“Aku akan tunggu kau.”
“Aku akan cari.”

Allah.. tahniah kpd Anna Lee. Brilliant idea. x semua orang mampu capai. Alhamdulillah..

Kisah cinta zaman sekolah. Susah nak cari yang bagus. yang x bosan. yang "agak logik" bagi budak-budak sekolah. Dan yang penting, yang amat dekat dgn diri kita. Sekolah, budak nakal, kelas sains, kelas sastera, kelas hujung, hoki, ABC, bas. Haih... memang nak balik ke zaman 1998. Ya.. tu yang paling tepat dan dekat. 1998.  

ML kenal Anna Lee bermula dengan Terukir Cinta. Ni baru nak start balik dari awal. Buku AL ML dah kumpul semua. Cuma Puteri Karla jerlah gagal ditemui. Takpelah.. mana tahu ada rezeki. Adalah kot.
Kelebihan buat review bagi buku lama. Suka hati nak puji banyak mana, nak kutuk takat mana. sebab.. x akan spoil mood orang lain baca.

Siti Saleha, angan-angan nak kembali ke masa silam termakbur. Kata emaknya, tak ada perkara yang mustahil dengan izinnya. Bila kesempatan itu muncul, dia teruskan misinya. Dia wujud dalam jasadnya sendiri. Jasad Saleha berumur 17 tahun tetapi pemikiran tetap 33 tahun. Di sini, dia mampu bertindak dan berpikir secara rasional. Sehingga dia sedikit bosan dengan kawan-kawannya. Iayalah. Perangai budak sekolah kan. Apalah sangat yang ada dalam fikiran mereka. Exam, lelaki, artis. Tu sahaja.

Muncul Azri. Siapa dia ni? Walaupun siapa dia, tapi ML suka dia. Susah tau nak bagi ML suka watak utama ni. Biasa ML lebih suka watak tempelan jer. Azri yang caring, Azri yang cepat gelabah, Azri yang manja. Kelemahannya, Saleha memang tak tahu siapa Azri hingga Saleha tidak pernah tahu tentang Azri.

Selepas 16 tahun, bila Sal kembali dari pengembaraannya, baru dia tahu akan wujudnya Azri dalam hidupnya. Memula, ML pikir, Saleha ni, tak mengembarapun ke tahun 1998 tu. Dia hanya bermimpi sama koma. Tapi, bila dia tanya Ray, dia pernah sebut tentang masa hadapan.. okey.. ML terpaksa terima tentang kehendak dan idea penulis yang itu.

Dramatik betul sesi melamar tu. Dan.. boleh pulak Ray x cam suara Sal.

APA YANG TAK CUKUP (kat hati ML)

Siapa Dila? Lela dengan Dila orang yang sama ke? X kannn… tapi yg pasti Dila tahu banyak perkara tetang Sal terutama pasal Sal dengan Ray. Cuma Dila lebih bersikap “plz..wake up n be natural. Sedar dan ingat sendiri.

Apa jadi dgn perjanjian Sal & the geng?. Pasal kalau betol Mak Limah tutup kedai bila anak Mak Limah meninggal, mereka perlu percaya yang Sal memang dari zaman akan datang.

Kenapa x ada flashback apa yang jadi pada Daniel bila papanya meninggal? Apa kisah ketika anak buah Sal hamper lemas? Dan macam mana Sal boleh baik dengan Abang Hazam? Bukan tujuan dia nak kembali, salah satunya nak berbaik dengan Abang Hazam ke?

Apa jadi dengan majlis khawin Daniel dan Sal? Sebab kalua ikutkan kenduri tu memang x jadi tapi Sal dan Ray khawin hari lain.

dan yang paling nak tahu. Siapa delete rakaman mereka pergi berkelah di air terjun tu. Ha… yang tu pelik.

 

No comments:

Post a Comment