14 May 2017

Mr. Grey - Syamnuriezmil


“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”
“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”
“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA
“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko.

Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY



Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...
Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY



Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad? 


“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA


Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...




Harap sangat si Yat tidak kekeringan idea. Memula baca sama sahaja watak Nisa dengan watak Ayu Maisarah dalam TAM.. dengan kalutnya dengan sifat nak tahunya.. dgn perangai asyik nak menang dia jer.. haih…

Penceritaan bagi ML agak kelam kabut. Sama macam heroin dia jugak. Ni sumpah ML kena maki sebab buat statement macam ni. Cth.. tengah cakap elok2 dengan mr. grey tetiba dah bercakap dengan mak dia pulak (m/s 354) so kena ulang balik pembacaan dengan nada intonasi bacaan mak ngan anak.. bukan 1 tu jer.. banyak.. jalan cerita skrip drama… pegi situ.. pegi sini.. kengkdang ML lost… x tahu siapa yang cakap. Eleh ML ni.. x mo cakap ko yg x focus ke? Standart STC jugak cerita ni bagi ML… ke laut.

Kalo disusun betul-betul, rasanya novel ni x akan jadi setebal ini. Satu baris satu perkataan. Hemmm.. byk sgt.

Lastly.. ¾ pembacaan ML tertunggu.. bila nak sampai  ni.. sekali… cerita ni lurus jer… x ada benda yg x terjangkau oleh akal… semua boleh agak. Hailah..

Rate 3/5



No comments:

Post a Comment