Lima belas tahun dahulu, Aali Azfar pernah buat hati Lena Qistina terluka. Dan kerana itu, Lena tekad mahu melupakan terus kewujudan lelaki itu.
Tapi, percaturan takdir menemukan mereka kembali. Tekad Lena mulai goyah apabila Aali berterusan ‘mengusik’ hatinya. Makin dia ‘menolak’, makin Aali ‘mendekat’.
“L is Lena. Lena is Lovely. L is love. And love is... you!” - Aali Azfar.
“Ya Allah, saka bengong dia dah menurun!” - Lena Qistina.
Namun, yang disimpan dalam hati, tetap kekal di situ. Permohonan maaf serta pujuk rayu Aali, Lena buat tak endah.
Kerana ego, Aali ambil keputusan untuk tidak peduli. Tapi kerana ego jugalah, hati dia sakit sendiri. Lena boleh senyum dengan Amer. Lena boleh ketawa dengan Naim. Lena nampak gembira dengan Helmi. Tapi dia? Jadi penonton di tepi, makan hati!
Sanggupkah Aali rendahkan ego untuk dapatkan Lena Qistina sekali gus mendapat kemaafan gadis itu? Dan dapatkah Lena Qistina lupakan khilaf Aali Afzar untuk mulakan kisah baru antara mereka?
Seperti biasa, FH tidak akan sesekali mengecewakan ML. Ayat
dan penceritaan cukup matang walaupun watak heroin agak sedikit childish. Tapi
cara penceritaan memang agak matang. Cara penulisannya membuatkan ML mampu
habiskan terus 90% buku ni dalam masa
lebih kurang 3 jam. Senyum dan hampir kejung pipi.10% baca mlm tadi dan sbb
mata x tahan sgt terus tidur sahaja.
Tahniah farah.. Cuma.. yg spoil adalah bila ada ejaan salah.
Adoiii… di awal pembacaan, ML ingatkan tu perkataan yg mungkin ada di dalam
kamus dewan. Dah ML bukan jenis baca buku sambil selak kamus ya. Kalau dapat
novel yg ade istilah yg x paham tu, mulalah daku feeling macam nak buat
assignment balik. Dan mulalah ku cop novelist-yang-patut-dijauhi. Boleh?
Adelah dlm 9-10 perkataan salah eja maca dia jadi dai, balik
jadi bali, lelaki jadi lelak,
Tapi, nasib baik x hilangkan mood ML. Cuma tertanya²… kenapa
dia pindah ya? Lepas tu gi mana? Hehehhehe…apa².. cerita ni memang best…
Rate 4/5
No comments:
Post a Comment