Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.
“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad
“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur
Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.
“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad
“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur
Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.
“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur
“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad
Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.
“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq
“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur
Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.
Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.
Kata RM, naskah ni dah diperam selama 5 tahun. Ouh... dah tadika dah pun... dan... pada peminat abang handsome Qadr (SUA) jangat risau, sebab ada penampilan istimewa abang Qadr salam TUA. Tapi... kisahnya sebelum Qadr jumpa Lai la...
Masa memula baca, ML confuse sikit dengan Ziyad dan Zayed. aper ni... spelling error ke... hadoiiii.. kemudian, barulah lega sikit, rupa2nyer orang yang berlainan.
Teratai Nur digambarkan sebagai tersangat polos. dan Ziyad, pantang ditolak. Apapun ML agak terganggu apabila RM kerap menggunakan angkubah yang sama (eh.. betol ke penggunaan perkataan ni.)
Contoh, apalah kebaikan yang telah Teratai lakukan sehingga dianugerahkan suami sebaik Ziyad. Ziyad pun cake benda yang sama... last2 Cempaka pun cakap benda yang sama. Frasa ni berulang beberapa kali....
Lagi satu Takdir Untuk Aku, disebut banyak kali.... Dik Rehan.... jangan terikut sangat style PH tu.. ai x suka tau...
Apapun, 4/5 bintang ML bagi untuk novel ni. Sebab apa? Suka hatilah.... hahhahahha... x adalah... Trade mark RM, pasting sarat dengan nasihat. dan pastinya x rugi jika memiliki nya.
No comments:
Post a Comment