Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.
1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.
2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.
Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.
Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?
Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.
Salam Ramadhan... agak lama ML ambil masa nak habiskan naskah ni... maaflah cik Laura Isabella.... Mula baca novel ni... hujung tahun 2016. tapi, sedikit membosankan. dan naskah ni berulang kali ML tinggalkan sebab ada naskah2 lain...
Tapi, bila continue balik, ML rasa cerita ni oklah.. mungkin x berapa kena dengan jiwa ML sahaja. ML x kisah dia cerita zaman purba. ML x kisah, dia cerita atas kapal. ML pun x kisah cerita dia byk backdated bagai... yang ML kisah dan menjadikan ML slow reader adalah mungkin macam membaca buku sejarah.. tapi ini hanya ML lah. sebab di zaman sekolah pun ML memang x suka sejarah, jadi memang x boleh lari dari syaitan yg cucuk pipi kasi menguap tu..
APappun, satu pujian untuk cik Anna Lee kita sebab, dia x pernah lagi buat cerita macam orang lain. idea dia bagus cuma x sesuai untuk seorang ML. Jangan risau... sesuai sgt untuk orang lain ya...
Rate : 3/5
Rate : 3/5
No comments:
Post a Comment