Dara hilang arah apabila tiba-tiba Aladin mahu mereka berpisah sedangkan cinta mereka sedang berada di kemuncak bahagia.
“Apa salah I, Al?” - Dara
“You tak salah apa-apa, Dara. Cuma jodoh kita tak ada.” - Aladin
Rupanya, Aladin sudah mengahwini Sasha. Sangat menyakitkan kerana Sasha itu adalah sahabatnya sendiri. Sahabat yang menikamnya dari belakang.
Bertahun berlalu, Dara tak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Aladin dan Sasha. Rumah yang baru dibelinya, berjiran dengan mereka. Dan berlakulah ‘perang jiran tetangga’
“I punya suka lah. Kalau tak suka blah. Pindah rumah. Senang cerita.” -Sasha
“Tengoklah siapa pindah dulu.” - Dara
“A bitch is always a bitch.” - Sasha
“Tak payah goyah lah kalau betul Al cintakan kau. Tapi kalau dia berpaling pada aku, bermaksud kau tak cukup baik untuk dia.” – Dara
Betul ke Sasha tak cukup baik buat Aladin? Hanya Aladin yang mampu menjawabnya. Dan Dara, kenapa masih sendiri jika sudah mampu melepaskan cintanya?
Memulakan bacaan dengan agak perlahan. Dekat blog disogok dengan kisah pertemuan kembali Al dan Dara.. tapi, dalam novel bermula dengan kisah sewaktu mereka di zaman dinosour... it's ok.. cuma ML jadi tak sabar dengan nak baca kisah mereka dan mcm mana sesi rampasan duda hots tu terjadi... . kisah zaman dinosour tu... oklah..
Ada something yang ML tak puas hati. Seperti yang sedia maklum, novel ni POD(Print On Demand) tapi.. tolong lah... cik/puan editor... check betul². banyak juga ejaan salah. banyak juga perengan di "enter" salah. pembuka kata di baris atas, ayat di baris bawah.
ALI ALADIN
For me... dia seorang yang bertanggungjawab dan berpegang kepada janji. Ya.. memang dia tinggalkan Dara.. tapi sebab dia ada tanggungjawab lain. Semasa dengan Darapun, dia janji, andai jodoh dia dengan Dara, dia akan sayang Dara... tak akan tinggalkan Dara. Dan memang itu dia buat... cuma dia x boleh nak janji adakah mereka will be together. Yalah.. perancangan takdir kan...
Walaupun dah kahwin, Al masih jaga Dara dari jauh. sebab dia tak boleh move on pun dia tinggalkan Dara. Cuma ML tertanya-tanya.. kenapal Al x ceraikan sahaja Sasha bila si gedik tu gugurkan kandungan for the 1st time. bukan ker dia kahwin sebab rasa tanggungjawab jer ke.
DARA DAHLIA
Lurus dan terlampau positif. Tak padan dengan hati batu dia sebelum tulah. tapi bila Al ckp kena berpisah... ok ajer. x adalah pulak dia cuba desak Al utk tanya why...sebab prinsip dia macam pinggan x retak nasi x dingin..ko x hendak aku pun x ingin... tapi.. bertahun merana x boleh move on.
ML suka Dara dan Ashraf... cuma tulah... judgement cepat sangat pak cik tu... hailah.. hot kot... kalau tak, tak adalah mata Dara pun tak berkelip. Sama jugak dengan Dian.
DIAN
Dan.. Pasal Dian.Dian seakan-akan hilang dari hidup Dara selepas dia kahwin dengan Al. Kata BFF... dan , tentang Dian pula, ML x tahu.. aper cerita dia sebenarnya. Dah kahwin ker belum. sebab dia tiba-tiba hilang macam tu jer.
SASHA
Kenapalah busuk sangat hati dia.Dah lah pulak tu gila. tapi, ML tak suka cara dia mati. Cepat sangatlah. dan cepat sangat ER matikan watak dia. alang-alang nak buat Sasha tu jahat... kena kasi kejam dan sadis sikit.
Dan satu lagi.. dah kena ko beria nak selamat kan dia Al??? Kalau ML jadi Dara memang merajuk lah tu.. ader ke ko sibuk pasal bekas bini dah kena... padahal baru bagi penampar kat Dara. hishk.....!!!
Satu yang ML nak puji.. bahagia eh hidup korang... masa belajar, belajar sama-sama.. pas tu.. kerja pun boleh duk berkumpul sama-sama macam tu jugak eh??? huntunglah.....
Rate: 4/5 - Sebab ML suka Al-Dara
No comments:
Post a Comment