30 September 2017
Jika Aku - Anna Lee
~HANYA KEBENARAN JALAN KELUAR~
“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”
Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.
Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.
Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.
Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.
Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.
Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."
Selesai bacaan Jika Aku. Ampun Puanku sbb peram lama buku ni.. bkn buku ni jer.. semua buku pun.. dlm 2 tahun ni.. mmg x membaca sgt.. byk sibuk dengan benda lain.. tapi bila bgn pagi.. celik mata... nmpk jer deretan yg perlu dihabiskan..
Berkobar2 jugaklah nal habiskan... walo hanya sekadar penambah berat di dlm beg jer... tp.. mmg kena susutka susunan tu... kalo x pak incik ML dah warning.. tahun depan x nak bawak dah gi PBKL dan sewaktu dengannyer.. giler x cuak... so.. ML gigihkan jua walopun x larat n x sempat.
Ok.. dah bebel.. terus pergi kepada Jika aku. Kisah Teja Citra. Hemmm... maaflah nak ckp.. typo ade 2, 3 ketul pasal ejaan nama Teja... ade dieja Teja Cita... sikit jer...
Apa yg sgt best ttg karya ini adalah.. bagaimana mama si cosy a.k.a puanku a.k.a anna lee kita ni twist citer..
tp dr awal ML dah agak pasal si Maliq ni mesti someone special jugak... maksud ML dia ada kelebihan mcm Teja jugak. Tp, ML x jangkalah dia tu mind reader jugak. Cuma ML agak dia boleh pengaruh pemikiran org.... dasyat ko...
Cuma Maliq x adalah sehebat my Duta dlm Hello.. walopun Duta x hebat dlm Jika Aku... mcm lembik sikit.. hello.. wake up Duta...
Kalo nak bandingkan Jika Aku dan Hello.. Hello tetap di hati ML .. cuma sbb mama si cosy ni.. ML tetap bg 5 bintang... tp ttp x leh tanding citer hello...tapi tu citrasa ML lah.. maklumlah.. dah tua2 ni... x berapa nak baca novel yg byk kena pikir. Otak pun dah tepu x tahu nak review mcm mana... yg pasti.. buku ni wajib baca kalo korang peminat ML.. eh x.. peminat anna lee... wajib ada kalo ko nak bg anak2 ko baca... ya... buku ni x akan rosakkan minda anak anda.. trust me...
Rate : *****
Labels:
Anna Lee,
Prolog Media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment