Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka.
Lima tahun berlalu..
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan.
"Saya nak jumpanAdam."-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"-Raimie.
Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.
"Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka."-Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?
ML follow cerita ni...tapi rasanya ER mungkin dah terikut-ikut style "ibu" dia.. penerbitan idea kreatif. sebab apa ML ckp mcm tu??? sebab... ML rasa.. novel ni tak perlupun di klafisikasikan sebagai LE.
cerita ni menarik....sayang jika ilmu dan nasihat yang ada dalam novel ni.. hanya untuk yang sempat beli naskah ni sahaja... x kanlah novel berstatus LE nak cetak riban-riban kan...
ya... ML setuju kalau novel ni dikatakan agak ringan walaupun dia bermain dengan emosi tapi apa yang ML suka adalah... pengalaman yang mendewasakan seorang bernama syaza tu... dan erti sebuah kemaafan
dan adam... hemmmm macam novel kak hani pulak. apapun.. ML gigih baca dari lepas sahur... hingga pukul 9.30 pagi..
Rate:
***
No comments:
Post a Comment