11 June 2018

Seperti Yang Dinanti - Farah Husain

Bertemu semula dengan Luqman Ghazi selepas bertahun tidak bersua muka adalah perkara terakhir yang ada dalam fikiran Riana Ali. Tapi nak tak nak, dia kena juga hadap walaupun Ghazi sekarang ini tak berapa nak ‘sama’ dengan Ghazi yang dinikahi dulu.


“Why did we got married in the first place?” - Ghazi
“Err… because we were crazy in love with each other?” - Riana



Mereka berkahwin kerana saling cintai-mencintai. Tapi yang Ghazi pelik, kenapa mereka tak macam orang tengah ‘crazy in love’ pun. Selangkah dia mendekat, sepuluh kaki Riana ke belakang!


“Eh! Awak nak buat apa?” - Riana
“Lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Bila dah berdua macam ini, awak rasa saya nak buat apa?” Ghazi.



Sikap Riana yang macam iklim dunia tak menentu itu betul-betul buat Ghazi bingung. Sekejap hangat, sekejap dingin dan sekejap pula cerah, lepas tu mendung. Puas dia cuba tebak, namun gagal.


Yang Ghazi tak tahu, memang Riana cintakan encik suami sepenuh hati. Dan kerana cinta, dia takut untuk serahkan segalanya pada Ghazi. Sebab antara mereka, ada satu rahsia. Rahsia yang kalau terbongkar, boleh musnahkan kebahagian yang sedang mereka lalui sekarang.


“Love is all about taking risk. Kalau tak cuba, mana nak tahu. Lebih baik ambil risiko dan alami kegagalan, daripada hanya duduk tak buat apa-apa dan seumur hidup terus tertanya-tanya.”


Beranikah Riana jujur pada hati sendiri atau selamanya dia akan memendam rasa dan kehilangan lelaki yang dicintai

apa yang dinanti???hemmmm... yang tu memang nak tahu.. tolong jawab... maklumlah puasa2 ni ML lemau sikit.

bacaan santai... dan sekali lagi ML kecewa dengan IKP... sebab menjadikan naskah ini sebagai LE. dengan erti kata lain... harga boleh melambung...dan peminat wajib beli cepat2.. kalo habis... menyesal... 

jujur ML cakap... x berbaloi kot nak habiskan duit nak beli naskah LE kalo ceritanya biasa2 jer. serius ML kecewa...tapi macam biasalah.. x ada siapa yang paksa beli kan.. cuma harap sgt duhai penulis2 favorite hamba.. plz... plz.. plz... karya yg baik bkn bergantung kepada nilai LE atau bukan.. dan jgn jdkan pembaca letak stigma ... buku LE itu buku yg biasa2 jer... adios

Rate:

***


No comments:

Post a Comment