17 October 2019

MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA

BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan
BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan
lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”

Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?

Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”
 



ML capai novel ni lepas Kak Hani mcm nak lahirkan kembali MB ni dengan adunan baru. Maaflah.. walaupun konsep tu, ML x berapa nak gemar.. tapi... tu bkn penyebab utk ML lupakan karya dia... bila baca balik kisah ni... confirm sebelum ni memang dah pernah baca . tapi x ingat tahun bila.

Sejujurnya, ML lebih suka gaya penulisan HF zaman sekarang. karya ni agak skima... iyalah 2008 kot. dan kalau x silap.. naskah ni lagi lama usianya.. kerana ada masalah dah isu nak diterbitkan pada masa tu. kalau salah mohon betulkan ya.

ML anggap, Tasya x kemukan fasakh pada Zahim sebab pesanan arwah ayah dia dan rasanya dia fobia dengan lelaki. kalau dia masih pegang title isteri.. dia memang akan terikat dan x boleh bersama dengan lelaki lain.

ML suka Haris. Serius lah weiii.. suka giler ngan dia. walaupun dia ni batas tak pandai jaga, bad bod... playboy malaya.. tapi ML suka giler watak dia.. haih... mmg ML tak boleh mengelak agaknya suka watak badboy.

Novel ni seperti cepat sgt mahu ditamatkan. semua persoalan terjawab betul-betul di penghujung novel... adooiii... duk berperang dengan perasaan  begitu lama end up klimak dia betul-betul penghujung.
Harapan ML agar HF dapat gilap semua cerita ini menjadi lagi cantik. contoh ending dia tu.. mcm confiuse sikit sbb dia mengandung anak kedua .. bukan anak sulung tapi declare anak pertana pulak. dan.. ML masih nak tahu... kenapa lepas 2 bulan tinggalkan Tasya, Zahim balik cari dia balik. ML tahu sebab dia rasa kecewa dengan Amy.... tapi... takkan sebab kecewa terus nak cari Tasya. Kata x suka. Lepas tu, macam confident dia jatuh cinta ngan Tasya sbb suara Tasya mcm suara isteri dia.. habis tu.. kalau Tasya bkn isterinya.. mcm sia-sia dia mencari Tasya ke hulu ke hilir tu.

Apapun. it ok... ML dapat habiskan buku ni dengan laju. mungkin sebab teruja nak tahu pengakhiran cerita ini.

Rate:  ðŸŒŸ 🌟 🌟

No comments:

Post a Comment