Tidur sekatil dengan tunang kakak sendiri?
Arissa tak pernah termimpi semua itu akan terjadi. Sejak Zhariz mengaku mencintai Ryana dan mereka ditunangkan dengan persetujuan keluarga, Arissa sudah sematkan dalam hati yang Zhariz itu hanya abang sepupu dan bakal abang iparnya.
Arissa tak pernah termimpi semua itu akan terjadi. Sejak Zhariz mengaku mencintai Ryana dan mereka ditunangkan dengan persetujuan keluarga, Arissa sudah sematkan dalam hati yang Zhariz itu hanya abang sepupu dan bakal abang iparnya.
Tapi, betul ke Zhariz dan Ryana bercinta? Kalau betul, kenapa fokus Zhariz lebih pada Arissa?
“Abang tak suka Rissa rapat dengan Adam Khalif.” – Zhariz
“Orang tak perlu tahu abang suka atau tak.” Arissa
Apa yang Arissa buat serba tak kena di mata Zhariz tapi peliknya, Zhariz tak pernah buka mulut tegur Ryana. Walhal, Ryana itu lebih teruk dari Arissa.
“Kenapa abang nak sibuk pasal orang?” - Arissa
“Sebab ‘orang’ tu yang abang nak jadikan isteri.” – Zhariz
Bertunang dengan kakak tapi nak adik jadi isteri? Itu semua tak logik buat Arissa. Tapi mana Arissa sangka yang Zhariz akan kotakan apa yang dikata? Kegilaan Zhariz buat Arissa mahu lari ke hujung dunia dan Adam Khalif tempat dia sandarkan harapan.
Tapi, mampukah Arissa lari dari Zhariz? Jika hati keluarga yang diambil kira, dia harus memilih Adam. Tapi jika hati sendiri yang mahu dijaga, dia perlu lari bersama Zhariz.
Mana satu yang akan Arissa pilih?
Novel yg dipanjangkan dari cerpen bertajuk Yang Luar Biasa. Nampaknya marketing strategi penerbit mmg menjadi. Memancing pembeli terutama peminat setia penulis untuk terus membeli. Di zaman sendu ni.. Startegi ni memang berjaya. Tetapi... Janganlah salah faham. Walaupun dia versi dipanjangkan.. Masih berbaloi kot untuk dibeli sebab dah jadi novel. Cerita lebih panjang, lebih padat dan lebih sweet. ... tapi... pada ML dia tetap sama pengan mini novel sebelum ni....Walaupun limited edition yg bg pendapat ML sangatlah x patut. Tapi who's care. Pihak penerbit x paksapun beli. Terpulang kepada duit masing-masing.
Satu yang tak persah berubah... Zhariz yang cool. Hero HF seperti biasa tak pernah tak hot. dan... ML makin suka pada Harraz. Dan... jangan tak tahu... Harraz pun akan muncul dengan novel dia sendiri tapi dalam versi Harraz yang dah insaf. .. yang tu... tak tahu lagi ML berjaya beli ker tak. maklumlah... barang "rare" ni kekangkadang terlepas pandang.
Rate🌟🌟🌟
No comments:
Post a Comment