20 March 2020

Masih Cinta - Farah Husain



Kerana Rayyan mengaku tak mampu terima Afzan dan masih cintakan Lily, pertunangan yang terjalin hasil desakan keluarga terputus. Afzan undur diri. Cinta yang wujud tanpa sedar dikuburkan dan dia bawa diri ke luar negara.

Lima tahun berlalu, Afzan pulang. Kedatangannya ke Pulau Langkawi menemukan dia semula dengan encik bekas tunang. Cumanya... Rayyan yang ada di hadapannya sekarang bukan lagi Rayyan yang dulu. Rayyan kini lebih matang dan lebih gentleman.

“Afzan, I nak you. I nak you jadi isteri I.” – Rayyan.

Oh! Afzan baru tahu, ‘cinta mati’ Rayya pada Lily sudah bertukar. Sudah jadi ‘cinta berkubur’. Mungkin Rayyan fikir, mengubat luka di hati Afzan itu semudah menyebut ABC.
Untuk kali kedua, kerana keluarga dan atas sebab cinta buat Rayyan masih tak mampu dipadamkan, Afzan beri peluang kedua yang Rayyan minta. Tapi, rupanya Lily itu tak pernah hilang dalam kisah hidup mereka berdua.

“She still wants you. Do you still want her?” – Afzan.
“Jangan nak mengarut boleh tak? I love you, Afzan. Only you!
Tolonglah percaya. – Rayyan.

Mampukah Rayyan meyakinkan hanya Afzan yang dia mahukan? Atau Afzan akan sekali lagi mengundur diri dan mengaku tewas di tangan Lily



🌟 - Sebab dia Farah Husain... Ya.. katalah apa sahaja  sebab ML is bias jika dia FH
🌟- sebab dia sweet...terpikir pulak.. eh FH.. macam terlebih gula sgt kali ni... baru nak turunkan buku ni pada anaknda beta... terus x jadi.



FH...FH... apa dah jadi ni??? kenapa so rushing nak habiskan?

Bagi ML, Afzan memang seorang yang matang dan cool. ya.. walauapun baru 21 tahun.. dia boleh hadap masalah dia. dia boleh hadap si Lily... dia boleh jadi cool depan Lily walaupun hati dia reta seribu.

Dan ya... betul... orang kata, manusia akan menghargai apa yg dia hilang. bila sudah pergi baru sibuk nak rasa kepentingannya. gitulah si Rayyan ni. Lambat sedar rasa cinta dia pada Afzan.

mesti korang tanya.. mcm pelik jer ML bagi 🌟🌟 pada FH.. FH kot... x kanlah ML sampai hati nak bagi FH macam tu.. ML kan bias lebih dgn FH. 

Jawapan ML ..satu jer.. hanya FH yang tahu apa sebab dia...

much love
-madam lola-


Rate🌟🌟

No comments:

Post a Comment