07 April 2020

Cik Isteri Dan Encik Suami - Airisz



Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang.

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”

“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”

“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”

“Abang siapa buat Fia?”

“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”

“Abang dah hilang akal ke?”
Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.

Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksi dan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.

Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!
 


Novel kedua karya Airisz yang ML baca. tapi tak pasti novel ke berapa beliau. banyak dah kot. 
Novel ni... santai-santai jer. kalau seseorang nak cerita yang berat... ini bukan habuannya. 

Kisah bermula setelah 2 tahun penceraian Safia dan Hud. Agak bijak juga pemilihan jalan cerita ni. Bagi Safia, dudanya itu lelaki sejuk beku. Tapi, kesan penceraiannya, dia disalahkan. Kata orang kelilingnya safia ni kepala berangin, baran, asyik nak marah jer. Tapi bagi Safia, orang tak hadap perangai beku si Hud tu. Dia yang hadap. Jadi orang lain x tahu.

Bermula cerita bila Safia bertemu semula dengan dudanya  ketika  lapor diri di tempat kerja barunya. Dalam hati, tak payah cakaplah. Punyalah dia menyampah. Boleh pulak satu department dengan si duda. Si duda  suka aja.. tapi si janda yang panas punggung. maka siap diwarningnya si dudu untuk rahsiakan status mereka.

orang kata kalau jodoh tak ke mana. Hud pula, rasakan jodoh dia masih dengan Safia. Langkah drastik yang Hud tunjukkan, memang tunjukkan dia tu matang sikit. macam manalah Safia ni nampak Hud dingin mcm perozen. watak sampingan dalam novel ni pun agak menarik. jika diadaptasi, pasti tak kering gusi penonton. watak Annisa yang mulut leser , mak su serta kak nor. memang selamba habislah.

Cik Aida, si seksi yang akan lakukan apa sahaja hanya untuk cinta. 2 tahun dia pendam perasaan pada Hud. Macam-macam godaan dijalankan, tapi tak jalan. bila dia dapat tahu Hud  nak khawin balik dengan janda dia, meroyanlah perempuan tu. macam-macam dia ketuk "bekas isteri" Hud. Safia dengar jer. tadah telinga tahan hati. Kemuncaknya, Cik Aida buat sesuatu sehinggakan Hud digantung kerja. Maka, jadilah Safia mata-mata sang suami. 

ok.. berbalik kepada perkhawinan kali kedua Hud dan Safia, baru kali ini mereka cuba mengenali hati budi masing-masing. sebab sebelum ni, ego melangit sahaja. rupanya, bahagia ada untuk mereka, cuma tak pandai mewarnai sahaja.

So far, oklah cerita ni.. memang santai... cuma ML confuse sikit bila Hud belajan nasi arab sempena isteri dia mengandung. Dan semua staff gembira. eh, bukan ke masa diorang buat majlis perpisahan tu Hud dah cakap... dah masing2 dah ucap tahniah... 

apapun ML bagi🌟🌟🌟

No comments:

Post a Comment