09 April 2020

Cik Calla Lily dan Encik Bos - Airisz


Seperti awak mencuri calla lily, seperti itulah awak curi hati saya.

AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.

“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”

“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”

“Fast and Furious!”

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka.

Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily? Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda. Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda.

Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?
 





Okey.. ML mengaku.. ML terlajak sikit. ML baca CIDCS dahulu. Patut ML baca yang ni dulu. Tapi dah terlajak kan. apa yg ML boleh rumuskan situasi, tempat dan kawan2 adalah lebih kurang. perangaipun lebih kurang. tapi digarap dengan cerita yang berbeza.

kisah bila si Cik Ta mulai diintai si jejaka misteri. siap dapat bunga bagai. Hati Cik Ta berbunga-bunga. Tapi hati Cik Ta kurang gembira bila di"paksa" khawin dengan Fahrain. Si sombong nak mampus. Tapi, bila dah dekat-dekat nak khawin, barulah si Fahrin ni mesra alam sikit. Tapi ada satu kenyataan yang buatkan Cik Ta panas hati. Si Fahrain ni D.U.D.A. Benda yang paling Cik Ta tak suka , benda yang paling Cik Ta benci. Benda tu jugak dia nak kena hadap.

Macam-macam pujuk rayu dilakukan tapi tetap tak jalan. Nak tak nak kena khawin jugak dengan Fahrin. Pada hari pernikahan mereka, ada dengar-dengar, kawan-kawan Fahrain ucap tahniah sebab dapat kawen dengan pujaan hati. Pujaan hati sangat. Si Cik Ta ni satu perangai dia.. mudah sgt salah sangka selain daripada mulut leser . hahhahahh.

Cerita ni tak adakonflik pun, bagi ML ini memamng bacaan santai. emosi pun tak dak sangat. Bolehlah penhkan hari-hari MCO kita.

Rate;🌟🌟🌟

2 comments: