“Ambil dompet ni, pergi beli kilang roti.” – Tengku Khalief.
Angkuh dan sombong plus cerewet, Tengku Khalief di anggap ‘VIP gila’ di resort tempat Azza bekerja. Dan kegilaan Tengku Khalief itulah yang telah mengubah hidup seorang Nur Azzahraa.
“Kenapa Tengku buat semua ni?” – Nur Azzahraa.
“Untuk halalkan yang haram.” –Tengku Khalief.
“Tapi, tak bermakna yang halal itu hanya untuk dilihat saja depan mata.” – Tengku Khalief.
Berkahwin dalam usia muda dengan lelaki yang baru dikenali beberapa hari, sesuatu yang agak tidak logik. Tetapi demi selamatkan maruah diri, Azza menurut. Dan menjadi isteri tanpa cinta, sangat mencabar buat Azza. Apatah lagi bila Tengku Khalief sudah ada wanita lain bernama Jazlin.
Dalam perasaan yang meragukan, dalam prasangka yang sering membunuh kepercayaan, Azza akur yang dia tak berhak untuk dapatkan apa-apa dari lelaki bergelar suami.
“Kejujuran tak semestinya akan buat kita nampak mulia di mata orang lain.” – Tengku Khalief.
Masalahnya, di mana mahu dicari kejujuran itu? Jika di hati,
Azza tahu dia pasti akan gagal mencari kerana hati Tengku Khalief bukan untuknya.
Persoalannya di sini, siapa sebenarnya yang ada di hati Tengku Khalief? Azza atau Jazlin? Jika bukan sebab cinta, apa sebenarnya yang mengikat Tengku Khalief dan Azza menjadi suami isteri?
Kisah bagaimana perkenalan antara azza dengan encik hati beku a.k.a Encik Tengku. Kisah bagaimana keikhlasan dan kejujuran boleh menyelamatkan maruah seorang wanita. Encik Tengku digambarkan sebagai seorang yang kuat pengaruhnya. VVIP giler yang sangat perfect dlm segala hal. Penampilan, kebersihan., perancangan.Tapi apa dia buat kat pulau tu sebenarnya?
menyelamatkan azza ketika si gadis sangat-sangat memerlukan pertolongan. yang peliknya, macam mana orang yang bersih segala bagai, boleh angkat gadis yg tengah berpeluh, kotor sebab jatuh di atas pasir, baju terkoyak tu. air ada setitik dekat bath tub pun dia boleh meroyan.
kegilaan encik tengku berganda bila tiba-tiba dia bawa azza ke bandung dan berkhawin di sana. Macam orang giler betul tindakan dia tu. Sesi pergaduhan mulut antara Azza dan Indah, dann sememangnya disedari oleh Encik Tengku.
Dalam banyak-banyak Limited Edition milik HF, ML rasa yang ni ML kurang suka(iya ker yang ni sahaja?). Cerita dia maca biasa tak berat. Beberapa persoalan yang ML nak tahu tak terjawab dan kalau boleh nak mintak HF sambung... hahhaha.. diva sungguh permintaanmu itu
1. Macam mana Khalief boleh dapatkan kembali hartanya. Siapa keluarga Tengku Ismail sebenarnya.
2. Apa reason Datin Maria sebenarnya. Sibuk nak kawinkan Jazlin dengan Khalief. Dia bukan suka sgtpun dengan Khalief kan. Tak kan setakat nak jadi pak sanggup jer. buannya Jazlin tu tak laku. ANak org kaya macam tu, lunyai mcm manapun still ada org nak. kalau bukan sebab cinta pun, sebab duit.
3. Ibu Yanti tu, jenis x sedar diri ke? Khalief dah anggap dia mcm keluarga. dia pun cukup terhutuang budi dengan Khalief, tapi masih nak mintak Khalief ikut kehendak dia.. ini kelakar.
ML suka cara penulisan HF tapi sayangnya karya dia ML x boleh nak share dengan budak-budak sebab.. macam biasalah. kenapa dia jadi LE, kenapa dia jadi panas. itu ML tak nak kupas. Kang ada yang cakap, dah ko beli kenapa. Eh...suka hatilah nak belipun... bukan dapat free.
🌟🌟🌟
tak pernah baca lagi buku Hani Fazura. nice review sis :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletebuku dia banyak Limited Edition. kena follow dia kat FB . kalau tak memang susah nak dapat.
Delete