14 May 2012

Pantang Maut Sebelum Ajal


 sebelum dengar aku mengomel.. kite sedekahkan dulu al-fatihah kepada pasangan isteri di bawah....
 
 






ok.. actually pasangan ni telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan maut pada 8 Mei 2012 lepas... namun begitu, alhamdulillah anak mereka yang berusia 6 bulan ni terselamat... boleh baca detail pasal cerita mereka di blog sahabat mereka kat sini dan sini. aku bkn nak cerita mcm mana kejadian tu berlaku coz aku memang x ada di tempat kejadian... tapi, member "pakcik" aku ada di tempat kejadian... 

tapi janganlah salah faham.. keretanya ada di hadapan.. dia just nampak kereta tu dah "terbang". apa yang aku nak ceritakan disini tentang keikhlasan... aku tanya pakcik google... nampanya x der la pulak pasal ni... so, aku rasa aku patut ceritakan hal sebenarnya.. cehhh....

macam ni,... member "pakcik" aku berada di sana selama satu jam... selama tu jugak lah ambulan sememangnya tak datang.. kalo baca dalam paper, memang cakap baby tu dihantar oleh saudara mara mereka ke hospitalkan...x tahu kenapa. dan selama satu jam jugaklah, darah tidak berhenti mengalir keluar dari kepala baby tersebut... keadaan di situ memang menyayat hati.. cuba lah korang bayangkan... yang meninggal tu biarlah meninggal... tapi kita x berdaya memujuk baby itu untuk berhenti menangis... dah lah dia x pandai mengadu sakit kat mana... dan nasib baik jugalah ada sepasang suami isteri berbangsa india, yang begitu baik hati memberikan susu anak mereka.. barulah baby tu tenang sedikit....mujurlah masih ada insan yang baik hati sanggup menolong. x macam setengah orang yang hanya lalu dan mengambil gambar sahaja....


baby Uzair sekarang di bawah jagaan neneknya.. moga tabah dan membesar dengan baik ye sayang... 

No comments:

Post a Comment