07 January 2015

Manisnya Cinta - Anis Ayuni (Siri Ulang Baca)



Assalamualaikummm....
Lamanya ML pergi bertapa.. ada yang rindu ke? Jika rindu, sebutlah namaku... wakkakakka.. sila pitam..
Okeylah, ni novel yg berjaya ML baca bagi tahun 2015. Huh... kalo ikutkan nak habiskan sebelum filem ni di tayangkan.. tapi x berjaya jugak... MC ni jadi buku 1st 2015. Dia x nak jadi penutup 2014...
Okeylah kita layan sinopsis MC ni dulu.



APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?


Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.



Sebenarnya 1st time ML baca MC ni tahun 2004-2005 gitu. masa tu MC baru terbit dan kak Anis Ayuni tengah hot masa tu. Memang harus dibaca karyanya kan. dan masa tu, ekonomi tgh meleset, memang pimjam jerlah bukunya.

Keburukan membaca novel apabila ianya diadaptasi tak kira sbg drama bersiri ataupun movie, kita akan terbawa-bawa dengan watak di alam realnya. Setiap bait kata, memek wajah, macam ternampak-nampak jer wajah Fazura ngan Sam. Macam terngiang-ngiang jer... jelas jer suara depa berdua ni... haih...


Nazmi... ML suka dia selayaknya Sam... hahhaha... ML.. ko memang x sedar diri... kikikiki.. apa den peduli. Nazmi x romantik tapi dia sangat gentelmen. haih lah Sam. Yang ML ralat adalah part permulaan mereka. Sesi perebutan puding caremel. dalam novel memang tak di"visual" kan dengan jelas. hanya diceritakan sahaja. sedangkan tulah titik tolak perkenalan mereka yang pertama bukan sebab Syahril dan Ize semata-mata.

lagi satu ML terfikir... nasib baiklah kak Anis Ayuni tak muncul di dalam era 2010 ni ha... kalo x, confirm tajuk cerita ni dah tukar jadi CINTA PUDING CAREMEL. hahhahah.. sekarangkan memang jadi tread mark macam tu kan... hehhehehhe....just kidding..

okey.. keseluruhannya.. ML suka  cerita ni. sempoi dan memang Fazura n Sam.. kan ML dah ckp... ML dah terpengaruh dgn movie...



RATE: 4/5

No comments:

Post a Comment