24 June 2016

PERMATA HATI - REHAN MAKHTAR


PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia

Airmata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin

“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia 

11 June 2016

#HURT- REHAN MAKHTAR

#HURT- REHAN MAKHTAR


TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Say...a tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

08 June 2016

SESEORANG UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR

SESEORANG UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR



Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr