19 October 2013

Andartu Comel - Ainon Zaini


 




ni blog penulisnya.Hemmm.. rasanya memang penulisnya peminat bunga. sebab dalam blognya ader gambar2 bunga, no wonder dalam novel ada sebut beberapa jenis bunga. yang pasti ni penulis ni, penulis otai. dengan deretan novelnya dan ini merupakan novel ke-9nya. wow.. tapi ni novel pertama dia yang ML baca. okey, jom layan sinopsis dia.



Kerana gagal bertunang sebanyak tujuh kali membuatkan Azlin tidak dapat menerima Rizal yang jauh lebih muda berbanding usianya. Dia lebih suka memilih untuk hidup menyendiri. Lebih senang dengan urusan kerja seharian dan sekadar ingin tumpang bahagia dengan kebahagiaan adiknya, Azlan, yang baru berumah tangga.

“I tahu, you lebih dulu makan kicap tapi nak panggil you kakak… macam malamlah. Tak banyak manalah, tukar terbalik tetap 33 tahun tapi I 92 tahun. Sebab I ni mengamalkan keceriaan selalu, maka I nampaklah 29 tahun.”

Itu kata Rizal apabila Azlin membangkitkan kebiadaban lelaki itu yang tidak menggelarnya kakak. Dan Rizal tetap tidak berputus asa untuk menambat hati Azlin. Sampaikan dengan selamba pula dia jadi ‘isteri’ terjun kepada lelaki itu. Mereka cerita, memanglah Rizal hebat. Yang tersepit, sah-sahlah Azlin. Dia tak suka, Rizal nak juga dan Azlan sokong sentiasa!

“Kenapa? Ada masalah apa?”
“Tak, pak cik. Masalah kecil aje… Isteri saya ni mengidam nak makan pokok padi tu ha. Dia terliur nak makan anak padi hijau segar tu, macam sayur kucai katanya.” Rizal mulalah mereka-reka cerita.

Yamamoto-san, kekasih lama Azlin juga cuba memikat Azlin kembali. Begitu juga Cikgu Azli yang telah berpisah dengan isterinya, datang mencari Azlin kembali. Namun, peristiwa hitam yang berlaku terhadapnya menyebabkan Azlin mengasingkan diri ke sebuah desa terpencil. Pelbagai kesukaran telah dilalui ketika bersendirian di desa lamanya itu. Mampukah Azlin bertahan?

Mula-mula baca novel ni, ML senyum jer. memanjang ML senyum. memang terhibur dengan perangai Azlin. Azlin yang degil, Azlin yang selamba, Azlin yang bermulut lancang. ML suka gelagat Rizal yang memang nakal giler, suka menyakat dan tak pernah kenal putus asa. 

Terasa macam zaman ML muda-muda pulak...oppps... okey, satu kejadian telah berlaku atas kekilafan Azlin dan Rizal. ML pada mulanya tak salahkan Rizal mahupun Azlin. ML faham. Apabila berdua akan muncul pihak ketiga Namun apa yang ML kesalkan adalah sikap kepala batu si Azlin. dia sanggup memencilkan diri dan membuka aib sendiri.bagi ML, dia tak matang. umur jer dah 33 masa tu, tapi perangai mengalahkan budak umur 15 tahun. dan yang paling ML kesal adalah bila dia dirogol oleh 5 orang lelaki pun seakan tak memberi kesan kepadanya. Hailah... rasa nak cekik-cekik jer si Azlin.

Apapun, terasa begitu meleret kisah cinta mereka. Hanya kerana sikap suka sangat mengalah menjadikan kisah cinta mereka dimakan waktu. Rizal yang pada awal perkenalannya seorang yang tak pernah putus asa, menjadi seorang yang sangat baik hati bila sanggup mengalah. begitu juga dengan Azlin yang awalnya seorang yang sangat tabah, menjadi sorang yang sangat-sangat pasrah. ko ingat ombak rindu ker aper ni Azlin???

Keseluruhannya, ML amat terkilan dengan Andartu Comel ni. Memang boleh tersenyum pada permulaan cerita namun endingnya.... sedikit tak... bukan tak logik.. perkara ini mungkin terjadi dalam kehidupan kita. Kerja Allah, siapa yang tahu... tapi kesan dugaan tu macam tak memberi kesan sangat kepada Azlin. 
hailah.....

Rate: 3/5 

No comments:

Post a Comment