03 October 2014

DIAgnosis - Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah

 
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa ‘Superior'
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.
Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. Insha Allah.
“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara.”

02 October 2014

Gantung - Nadia Khan

Q

 
 
"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —


Tension Betol


Assalamualaikum...

Wah.. serius tension dengan MPHONLINE ni.. dah lah buku yg di tunggu, sepatutnya sampai semalam x sampai lagi.. sekali, pagi ni bukak website... ada ni..




oh tidak... ada sale lagi..


dan cuba tengok harga buku-buku ni.. yang ni less 20% ok... dan bila korang sbg ahli .. kan sekarang ada program ni...




so.. harga bg novel tu..




ohmai,... giler.. serius mmg botak ML bulan ni.. tolong..tolong... ML dapat beli gantung (yg x sampai2 lagi ni) dgn harga RM15.92... huhuhuuh.. rugi..rugi...