29 August 2015

Bahasa Hati Kita - Rehan Makhtar



Allah.. lama benar memeram buku ni. Kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan ML meninggalkan hal-hal duniawi seketika. and... I'm back with my favorite novelist.. RM... 

Apa yang boleh ML katakan BHK ni, sarat, padat dan memang menyentuh rasa. Kengkadang apa yang dikatakan tepat2 kena atas hidung. Kita manusia pendosa yang sering kali leka dengan nikmat duniawi.. Bertuahnya seorang Puteri yang dianugerahkan seorang Que yang sangat hebat. Dia manusia ulung kerana bukan hanya berjuang untuk dirinya sahaja malah untuk orang-orang yang dia sayang... muahahhahahah... dah macam buat review siri pendekar lah pulak..

Sarat dengan pengajar yang kengkadang kita malas nak buat. Tahu tapi malas.. bak kata Que, cawan yang kosong, senang nak isi air bagi penuh Tapi amat payah bagi cawan yang dah penuh air. Tahu tapi malas nak buat. Memang elok dijadikan bahan bacaan untuk anak-anak. memang ada sweet dan meltingnya tapi tak keterlaluan. seperti melihat drama di tv yang sentiasa ditapis agar lepas tapisan. Sekarang ni macam-macam novel ada tapi BHK memang setanding karya Hlovate. Sarat, Padat dan Berilmu. Tahniah buat puan RM kerana karya ini memang bukan sekadar bahan mengisi kebosanan sahaja. Karya kali ini memang mampu menbeli jiwa .

Rate: 4/5