19 May 2017

Dear Bella - Emy Roberto




Berkahwin atas aturan keluarga tanpa rasa cinta,


Sam kata : Bella yang bubbly, Bella yang sentiasa minta dipuji, Bella yang happy go lucky...

Bella kata: Sam yang anticlockwise, Sam yang rajin dan sangat kemas, Sam yang bersemangat tinggi...


Tapi, mereka terima kelemahan masing-masing dengan hati terbuka. Walau tanpa cinta, hidup tetap bahagia sehingga munculnya Susan, bekas kekasih Sam.



“Minah mangkuk hayung tu buat apa dengan awak tengah hari tadi?” Bella berani bertanya. Kan Sam kata bincang satu-satu, so dia bagi soalan direct tak pusing kiri kanan.

“Bella! Never call people with such name! Kurang ajar tahu tak?”
Say what? Bella macam tak percaya.
“Me? Kurang ajar?” Jari telunjuk Bella singgah di dada sendiri.
“Minah tu lagi kurang ajarlah, Sam. Kacau rumah tangga orang. Kacau hidup....”

“Bella! Stop it!”

Bella terdiam. Tangan kanan Sam sudah naik tinggal nak singgah di pipinya.



Bella sedar sang suami tak pernah percaya pada cinta dan hubungan mereka berdua hanyalah semata-mata untuk saling memahami dan memerlukan. Dan Susan pula bertindak memburukkan keadaan.



“Kesian kalau jadi isteri yang tak dicintai. I rather be his mistress than becoming his unfortunate wife.” - Susan



Mampukah Bella membuka pintu hati Sam untuk jatuh cinta
padanya? Atau, mungkinkah Sam akan memilih bekas kekasih berbanding isteri sendiri?

‘Dear Bella, God won’t put you into something that you can’t handle.’ 



Takdir Untuk Aku - Rehan Makhtar



Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur

“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad

16 May 2017

Hey, Mister! - Farah Husain




 “Lena? Budak montel kuat makan tu kau kata cute? Kalau kau tak buta, mesti ada something wrong dengan otak kau sampai kau boleh cakap macam tu.” - Aali Azfar.



Lima belas tahun dahulu, Aali Azfar pernah buat hati Lena Qistina terluka. Dan kerana itu, Lena tekad mahu melupakan terus kewujudan lelaki itu. 


Tapi, percaturan takdir menemukan mereka kembali. Tekad Lena mulai goyah apabila Aali berterusan ‘mengusik’ hatinya. Makin dia ‘menolak’, makin Aali ‘mendekat’.

“L is Lena. Lena is Lovely. L is love. And love is... you!” - Aali Azfar.
“Ya Allah, saka bengong dia dah menurun!” - Lena Qistina.

Namun, yang disimpan dalam hati, tetap kekal di situ. Permohonan maaf serta pujuk rayu Aali, Lena buat tak endah.

Kerana ego, Aali ambil keputusan untuk tidak peduli. Tapi kerana ego jugalah, hati dia sakit sendiri. Lena boleh senyum dengan Amer. Lena boleh ketawa dengan Naim. Lena nampak gembira dengan Helmi. Tapi dia? Jadi penonton di tepi, makan hati!

Sanggupkah Aali rendahkan ego untuk dapatkan Lena Qistina sekali gus mendapat kemaafan gadis itu? Dan dapatkah Lena Qistina lupakan khilaf Aali Afzar untuk mulakan kisah baru antara mereka?



14 May 2017

Mr. Grey - Syamnuriezmil


“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”
“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”
“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA
“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko.

Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY



Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...
Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY



Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad? 


“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA


Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...