30 January 2018

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH




Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.




terjebak dgn adaptasi... dan satu sebab lagi.... sbb fk..... ok...

cerita bermula dgn air mata... part aqilah kecik... dia disisihkan... part mama dia meninggal... hadoi... dah lama x membaca sempai kena cari tisu ni...

bila dewasa... sesi aqilah yg sempoi... apa sahaja yg keluar dr mulut dia ..x pernah x buat pembaca kejung pipi....

perjlnan cerita berlangsung dengan happy... walaupun bunga2 sengsara qila muncul bila terpaksa kawen ku ryan hanya kerana menagih sayang dr seorang bapa... tapi itu x menjadi kudispun.. lagi nak terus tahu perangai qila ni.. walaupun agak x semengah...

dan part air mata bermula kembali bila qila qila jaga papa dia masa org tua tu sakit... hemmmm... meleleh air ingus semua... dan.. setelah itu.. bermulalah bunga2 cinta...

cuma ... hemmm.. kenapa eh ryan tu mcm tu... hailah.... ML ingatkan farhana dgn shafiq... tapi silap rupanya... yg ni klishe ...

novel ni.. mcm cepat sgt nak habis.. hais.. rasa x puas... bila baca tiap bait perkataan .. duk terbayang watak2 adaptasi tu kat tv... hadoiii.. nilah bahayanya kalo baca novel bila dah di adaptasi.

walaupun gitu... mesej terkandung agak padat... hukum dan percaturan tuhan yg mana kita sbgai manusia perlu akur, redha dan taat...
  

Perbandingan adaptasi dengan naskah asal... ML suka Ku Ryan dlm naskah asal walaupun FK yang lakunkan... sebab ML rasa skima sgt watak dlm adaptasi tu... dah mcm kayu pulak lakonan FK tu.. yg tu jadi kureng sikitlah.

4/5 bintang

No comments:

Post a Comment