10 February 2018

Couple - Anna Lee


STEP BACK - Kebenaran memerlukan masa.
(Sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)

Kosong.
Dia lupa segalanya. Hanya dengan secebis memori, cinta mereka bertaut kembali. Tetapi bagaiman sebahagian lagi memori? Mampukah diingat kembali? Adalkah masa lampau akan mempengaruhi masa depan mereka?

"Hidup ini memang kisah dongeng, Jadi buat je. Kisah kita mungkin pelik bagi mereka yang tak mengalaminya." - Ray


THE RING - Rahsia cuba dibongkar.
(Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)

Pernikahan segera di Kota London menyebabkan keduanya terpaksa mengikut undang-undang yang ditentukan oleh si ibu. Mampukah undang-undang itu dipatuhi? Ketika keduanya cuba menyesuaikan diri, tiba-tiba muncul misteri yang membuatkan keduanya pening kepala mencari jawapan. Rupanya, masih ada rahsia yang tersembunyi. Mampukah pasangan pengantin baru itu menyelesaikan rahsia berabad lamanya itu? Macam mana dengan kehidupan baru sebagai suami isteri? Indah atau sebaliknya?
 





Haruslah Step Back yang ML tunggukan sbb sambungan daripada ADDPP kan...
STEP BACK
Kisah setelah berkahwinnya Sal dan Ray... bagaimana Sal mencari dirinyer.. bagaimana sayangnyer si Ray.... hemm.. happy ending walaupun pertengahn cerita ada rahsia yang sedikit menyedihkan.. sikit jer.. dan yg paling ML suka.. bila Ray sanggup berkorban apa sahaja hanya utk si isteri. dan asal usul nama Ray ...


THE RING
Kisah ni jadi lebih menarik. x sangka betul... kisah NTLI menjadi lebih menarik. teruja giler ML nak habiskan kisah ni. teringat zaman budak-budak dulu selalu gi library pinjam buku penyiasatan. So, sambungan ini memang menarik perhatian ML walaupun masa baca NTLI ML menguap²..(hahhaha... ampun puanku cosy) tapi.. mcm x cukup jer bila ending dia macam tu... ya ML tahu... tu dah masuk ke bidang arkeologi dah.. tapi... mungkin kalo dikembangkan sikit jer lagi... may be lagi menarik lah... (eh..eh... ML x nak dijadikan lg sejibik bukupun... ngantuk nak baca... )


4/5 bintang

No comments:

Post a Comment