31 May 2020

Sweet - Farah Husain


Blind date
Noun
A social engagement with a person one has not previously met, arranged with a view to the development of a romantic or sexual relationship.
e.g: Adelia met Johan on a blind date
Pertemuan pertama mereka terjadi hasil aturan kawan baik masing-masing. Disebabkan salah faham yang terjadi di awal perkenalan, blind date mereka tidak berakhir dengan baik.
Bagi Adelia, Johan itu seorang lelaki yang tak gentleman, yang suka buat andaian sendiri, self-righteous dan a total douche!
Bagi Johan pula, Adelia itu…cuma mangsa keadaan? Mereka bertemu ketika angin Johan tak baik. Senang kata, Adelia itu berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Kalau ikutkan kata orang lain (baca: wanita lain), dia selalu dilabel sebagai Mr Charming yang sweet.
Bagi si kawan-kawan baik; Syasya dan Fariz, Adelia dan Johan ini, sangatlah sesuai bersama. Cuma masing-masing perlu beri peluang pada diri sendiri untuk saling mengenali.
Dan, saat hati masing-masing dah saling berkata ‘aku cinta padamu’, mulalah anasir-anasir jahat muncul. Kenapa ketika Adelia dan Johan sudah mula larut dalam kemanisan cinta mereka, Marissa dan Kamal perlu muncul kembali?
“Marissa tu kisah lama I, Adelia!” ~ Johan.
“Dan Kamal tu pula tak ada kena mengena dengan I” ~ Adelia.
“Habis tu yang kau orang berdua sampai bergaduh ni dah kenapa?” ~Syasya
Akan kekal maniskah cinta Adelia dan Johan? Atau Marissa dan Kamal akan kembali mengambil tempat dalam hidup mereka berdua?
 



SWEET....SWEET giler... Naskah matang yang ML baca dari seorang FH. Hemmm... mesti korang ckp.. dah start dah nak bias tu.. well... janganlah marah...ML ni nak kata bias sangat tu tak adalah cuma bagi seorang ML.. kalau ML suka, ML cakap suka... kalau x suka ML cakap x suka. 

Maaflah ya cik farah.. lama ML peram buku ni.. kalau baca memang kejap jer.. tapi ...itulah... banyak tuntutan lain yang perlu ML hadap. Busy benor bunyiknyer yer..

Okey.. back to SWEET. Kisah persahabatan antara Adelia dan Syasya. keakraban mereka hingga menjadikan, mak kau mak aku .. abang kau dah jadi abang aku. Sakit kau sakit aku. Tapi , bad luck nya seorang Adel, bila dia diserang, dituduh menjadi punca keruntuhan rumahtangga orang lain. Dengan erti kata lain, orang ke-tiga. Walaupun hakikatnya, bukan dia, tapi... bayangan tutup tetap duk follow dia. 

Di kenenkan oleh The Siblings, Syasya dan Fariz..( oh Fariz.. ML tertunngu cerita kamu, FH.. sila create cerita Fariz....) Adel menghadiri blind date dengan Johan. Sayangnya masa tak kena, mood pun tak bagus. pertemuan pertama memang menyakitkan.  Berhari jugaklah si Adel mogok dengan Syayadan si "Abang". 

Namun begi, pertemuan kedua membuatkan Adel melekat kemas di hati Johan. Dan Johan ni.. paham-pahamlah duda kan.. so.. langkah dia, walaupun napak gelojoh tahap bapak, tapi still gentalmen. maklumlah... orang ada pengalaman. 

Bila baru sahaja mengecap bahagia, si langau muncul. bukan setakat si Kamal, eh.. ML tak puas hatilah dengan dia. Dia ni ada hati dengan siapa sebenarnya, Syasya ke Adel. Masa Adel cakap dia ada date dengan Johon tu dia tak puas hati, bila pertemuan di La Senza pun tak puas hati. Apa Kes? 

Satu yang ML tak suka sifat Johan, suka jaga hati dan perasaan orang lain. Tak sedar, orang yang paling dia sayang terluka. Sebab tu ML ebih suka Fariz. Out spoken, mulut ada insuran tapi mahal. Hahahah...

Ending dia sweet macam kisah cinta mereka. Kisahnya tak adalah merapu meraban.. dan lebih dekat dengan realiti.

Thanks jugak kat cik farah sebab bagi sneak peak LOVE. kisah Syasya... yeyey... x sabar nak tahu kisah selanjutnya si Syasya sengal ni... tapikan ade ke??? hahhaha


Rate:of cozlah ðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸ.. 

No comments:

Post a Comment