“Shark."
"Hmmm..."
"We are in love with each other."
"I couldn't agree more."
"Tapi sampai bila kita nak hidup macam ni?"
"Yang macam mana? In love with each other? Forever and ever, Eva."
Shark dan Eva, merpati dua sejoli. Enam tahun hidup sebumbung tanpa pernah mengenal dosa dan pahala. Apabila mula menyedari keinginan mereka berbeza, Eva pergi meninggalkan Shark dengan satu pesanan.
"Berhenti mencintai saya. Jangan cari saya. Belajar untuk melupakan saya dan hidup tanpa saya." - Eva
Red hadir ketika Eva cuba untuk melupakan kisah lama yang hitam dan penuh dosa. Bagi Red, Eva adalah yang terbaik dan bintang paling dicintai sepenuh hati.
"Setiap orang ada kisah hitam sendiri. Keep that aside and live the new us." – Red
Baru sahaja mahu memulakan kisah baru, Shark muncul menuntut penjelasan. Hati yang terluka bertambah parah apabila mengetahui Red, sepupunya sendiri mencintai bintang yang sama. Sedar dia bukan yang terbaik, Shark mengambil keputusan mengundur diri.
"Just so you know, nobody dreams of growing up to be an alcoholic, an addict, broken and depressed. If you choose not to stand with me through thick and thin, then I will leave for good. Red lelaki yang baik. Dia akan jaga awak." – Shark
Eva jadi keliru. Antara Red dan Shark, yang manakah terbaik untuknya? Mampukah Eva yang masih dibayangi kenangan lama membuat pilihan yang sewajarnya? Apa yang pasti, akan ada pihak yang terluka dengan pilihan yang dibuat.
Di Antara Semua Bintang membawa kita menyelami kisah yang penuh kekhilafan dan keinsafan.
Jangan pernah ungkit kisah lama, kerana kisah itu penuh dosa...
Lalu, orang yang membaca komen ni pun cakap... memanglah ML oi.. orang lain-lain. Cerita lain-lain. Ya.. ML tahu. tapi macam ML cakap tadilah.. feeling.. hanya feeling. pendek kata macam dejavu. pendek yang kata ya.. panjang tak tentu kata.
ok , done melalut. nanti korang meluat.
Kisah cinta mati Shark dan Eva. Kisah macam mana tegarnya Eva tinggal kan Shark apabila rasa haluan mereka tidak sama. Eva nakkan hidup yang bermatlamat. Relationship goal.Tapi Shark hidup untuk happy.. happy untuk hidup. selagi hidup tak kacau orang, jangan pedulikan hal lain.
ditinggalkan Eva, Shark nanar. Tyco jiwa berbunga-bunga ni jadi murung. ML suka Shark. dia bukan hero - hero lain. dia betul2 hero tyco. dia ada aura sendiri. Eva pula bukan sebarangan orang. kalau tengok kali pertama, korang mesti jatuh cinta pada dia. itu yang puan doctor kita gambarkanlah.
"Lari" dari Shark, Eva bina hidup baru. dari zero . Bila bertemu si Red, rasa rindu yang tak pernah padam pada Shark muncul lagi. ML percaya ckp Red. Eva bukannya cintakan Red pun, cuma dia nampak Shark dalam diri Red. Red yang cool. Red yang ada aura tersendiri.
Red yang sanggup berkorban bila tahu diri buat silap. Silap dia, bila tersalah cakap. Red dan Shark. ML rasa Red lagi cool sebb dia bukan jenis memaksan. sedangkan Shark, dia kata A, so jawabnya A. ouh... really realy shark dududududu....
apa yang hebat pasal Shark ni, tidak putus asa, sanggup berubah demi Eva. Eva sgt beruntung dikelilingi orang yang sayang pada dia. Shark, Red, Nash dan Jay. ML suka Jay.. this guys ayah-ayah sangat. Yang ML x suka pasal Eva, huh semua orang jatuh cinta kat dia jer..mcm novel zaman dulu2 pulak. heroin dia semua orang nak.
Akhir kata, jika mahukan sweet, ini bukan naskahnya. Naskah ni sedikit berat, sarat dengan emosi. tapi lebih kepada kerinduan. nak2 baca musim PKP... yang memang dah rasa rindu... makin rindulah jadinya.
Rate: 🌟🌟🌟🌟
No comments:
Post a Comment