27 June 2020

Bittersweet - Farah Husain


Ini kisah cinta. Cinta yang klise. Kisah bittersweet yang berlaku dalam hidup mereka…
Leila; heroin bukan jenis wanita-Melayu-terakhir.
Eizlan; hero tak jadi yang memang minta diri disumpahi.
Gibran; hero drop-dead-gorgeous yang acah-acah beku idaman hati para gadis.
“Semua ni satu kesilapan.” ~ Gibran~
“Ya. Kesilapan yang paling besar.” ~ Leila ~
“Jadi, berikan I peluang untuk betulkan segala-galanya.” ~ Eizlan ~
Cinta itu boleh jadi manis, kalau bertemu dengan pasangan yang sesuai. Cinta itu boleh juga jadi pahit, kalau bertemu dengan orang yang salah.


Baby baru FH. Dia buat 2 jenis.. satu buku dan satu lagi e-book. Haruslah ML dapatkan buku sebab senang nak peluk... hahahha..tapi bila sampai tu ..kecewalah jugak .. alahai.. nipisnya FH.. mesti x puas baca. Dan memang terbukti sangat tahap x puas hati ML. Korang pun tahukan ML jenis macam mana... 

Cerita bermula apabila si Leila tunjukkan kreativiti dia kepada Mr. ex-fiance betapa bagusnya dia dalam cat mengecat ni. Hairan juga ML, kereta kesayangan Eizlan kot. Tahap marah dia tu... lebih kepada tahap pasrah jer. 
Eizlan dan Leila bertunang atas dasaar keluarga. Liela ni tak ada perasan pun pada Eizlan. Mereka mencuba untuk mengenal hati budi dahulu sebelum berkhawin. Dalam pada duk nak kenal hati budi, boleh pulak si Eizlan ni terjatuh cinta dengan Sofea. Iyalah dah tak ada jodohkan. Lieza pun x kisah kalau tak jadi khawin dengan Eizlan. Tapi yang membuatkan dia ingin "menghantui" hidup Eizlan adalah bila dia yang disalahkan oleh keluarga. Alasan Eizlan, dia terpaksa putusan pertunangan mereka sebab Leila ada orang lain, dia tak mahu ganggu hubungan Leila dengan orang lain. Selfish betul. Dan, rentetan tu, Leila seakan dipulau oleh mak ayahnya. Dengan alasan, anak yang suka bawa masalah. 

Dalam misi membersihkan nama, Liela berkenalan dengan Gibran, si abang kepada Eizlan yang entah dari mana muncul. Gibran tunjukkan sesi baik seorang abang yang baik namun, sesi baik dia tak kena dengan situasi bila mana, maklumat yang sampai kepadanya jauh memesong.
Disebabkan cerita ni agak pendek, ML pun tak tahu nak ulas macamm mana, kang jd sama panjang ngan cerita dia pulak... hehhehe.. 

Cuma.. ML nak cakap, ni bacaan ringan, ML suka Gib. Sebab apa tu, korang kena baca. dan kalau boleh FH, please... pjgkan sikit.

Macam biasa ðŸŒŸ untuk FH, ðŸŒŸ untuk Gib,  and ðŸŒŸ untuk Aliah. She so cute


 Rate : ðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸ

No comments:

Post a Comment