21 August 2025

HILANG - MIA AZWARI

 TERRRACUN.. perkataan org zaman sekarang kan.... Masa PBKL hari tu ML duk jeling-jeling je buku ni.. nak beli tak nak beli.. nak beli tak nak beli. dah baca dah bab-bab awal kat FB. dah tertarik. tp tulah... bila penulis yg ML tak biasa ni... jaranglah ML beli bukunya di PBKL(maafkan saya)... then balik dgn buku-buku yang ada dalam list awal sebelum pergi sahaja. 

Tetiba... ehhhh... dia nak jadi adaptasi pulak... x boleh jadi ni. kena belilah jugak. then mencari-carilah ML dia "rumah horen" tu. walaupun tayangan dah episod ke bearapa entah di TV. Tapi... x nak tgk lagilah....sebab nak baca novel dulu. So ML review dulu.. orang panggil review lagi ke sekarang? ke POV? ke apa?heemmm.. apa-apa jerlah.... nanti ML comparekan dengan siri adaptasi ya


Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.


“I'm your husband.”- Nadim Eijaz

“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira

Gila!

Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.

“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul

Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.

“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.

“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira

“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?

20 August 2025

i'm back

 hi there.... do u miss me? ML ada.. cuma... banyak perkara berlaku beberapa tahun ni. so, mood membaca tu tak ada. mood membeli tu ada... tapi x bukakpun plastik buku2 tu semua. 


tengoklah ni... dah Ogos... dah ML baru nak start kembali. tak tahulah masih ada ke yang sudi singgah. ML pun x tahulah... masih ingat ke tidak cara nak review buku ni... mcm dah x pandai dah ni... apa-apapun... tunggu review ML ya ...