02 August 2011

Alhamdulillah.. berkat 2 Ramadhan

alhamdulillah.. berkat 2 Ramadhan, aku memperolehi satu lagi kenikmatan.. alhamdulillah. hehhehe.. hari ni, aku dapat surat pertukaran yang berkuatkuasa 15 Ogos ni. Sebenarnya ini adalah pertukaran dalaman yang aku apply lebih kurang 1 minggu lepas.. cepat kan???dah rezeki. pertukaran 3 penjuru ni akan memindahkan aku ke Presint 2.. Finally, aku kembali juga ke Presint 2.. mungkin memang ditakdirkan aku memang serasi di Presint 2. Hahhaha.. cepat betul aku membuat penilaian. Padahal, tak tahu lagi suasana di sana macam mana.
kenapap aku mintak pindah?sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan aku ingin berpindah. sebenarnya, aku sudah selesa di tempat sekarang tetapi disebabkan aku mencari transit untuk my lovelyainz, so aku harus fikirkan masalah dia juga. Kat mana- manapun sebenarnya sama saja. beban kerja semua berbeza. nilah di namakan cabaran. apapun, aku akan update lagi tentang perkembangan aku dan kerjaya di masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment