25 August 2011

x heran pun

Amat pelik dengan kesewelan sesetengah manusia.... pd mereka, hidup ni ibarat tempat yang kekal. Apa yang ingin aku sampaikan di sini, aku cukup bosan dengan manusia yang suka mendabit dada. Dialah yang hebat. Bangga sungguh diri bila berkawan dan mempunyai kuncu2 gengster... huh... x heran langsung aku.

Lepas tu, sibuk mengungkit kenangan silam. Aku faham... setiap orang mempunyai sejarah masa silam sendiri. Nak-nak zaman muda. Tetapi x semua yang kita nampak dengan mata kasar itu, semuanya betul. Dan tidak salah memberi peluang kepada seseorang untuk berubah. Contohnya, jika zaman mudanya suka mencuri, bukan nya, bila umur makin meningkat, perlu jadi perompak.. haruslah berubah... kita hidup ni hanya sementara. Masa muda tu, kebanyakan orang tidak boleh menilai dengan waras. Tetapi adalah tidak normal sekiranya, semasa muda tahu hukum hakam, tetapi bila usia dah meningkat, ambek benda haram. Contohnya, polis, sekiranya mereka meampas dan membenteras penyeludupan dadah, bukan bermakna mereka boleh merasa dan menggunakan dadah tersebut....

Tapi, itulah yang jadi hari ini. Suka memegahkan diri dengan persatuan2 yg x berfaedah.. bangga jadi penyangak... orang buat gotong royong kat masjid x derpun jenguk muka... dunia...dunia...

No comments:

Post a Comment