01 January 2014

aA+bB - Hlovate




Happy new year uoll...okey, my 1st entry untuk 1st day in 2014. Hahahahahaha... Novel review... Review lah sangat... Actually, ML tak pandai sangat nak buat review miew ni... Takut tau.... ML takut Ada yang Terasa dengan komen ML yang tak seberapa ni. Mana lah tahu kan, kot-kot Ada "kipas berani mati" mana2 novelist ker... X pun novelist tu sendiri ker... Takutnya ML Kalo depa sentap. Blog ni selalu jugak diterjah Oleh novelist2 buku yg ML komen Karyanya. Ada yang tinggalkan jejak, terima kasih daun keladi kerana sudi singgah ke teratak buruk hamba ni. Terima kasih. ML tahu, kekadang, ML ni banyak merapu drpd komen pasal novelnya. Lagi pun, ML tak betul-betul Ikut format atau panduan untuk buat review. Apa yang ML tulis kat sini adalah apa yang ML rasa bila habis baca novel tu. So, tu yang kadang-kadang org ckp, poyo lah ML no. McM syok sendiri. Hahahahah a... Ade den kisah.





Okey, dah..dah... Tgk, tak pasal2 ML dah merapu berjela-jela. Dah panjang lebar dah. Moh Ikut ML komen sikit pasal aA+bB ni. Mesti korang cakap, huh, ML ... Betul2 tertinggal keretapi. Org dah smp Johor ML still stuck kat Pilah lagi. X per... Cakap lah nak cakap apa pun. ML terima Dgn redha... Hahahah... Ok.. Thanks a lot kpd beberapa org spt Evelyn Rose, My dear Adik SolehAtika , Net,  sebab mention kan pasal novel ni kat post Anthem tu. ML sblm ni mmg x pernah tahu pun pasal Hlovate ni. Hinggallah kemunculan Anthem.  Dan dengan ini, rasminya ML nak announce yg ML MEMANG suka Hlovate. Hihihi hihihi.

Okey, kita layan Dulu sedutan di cover belakang buku aA+bB ni Dulu.

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert’s Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.

Pendapat ML 
Bagi ML, kisah ni kisah cinta terlarang. Kenapa ML kata cinta terlarang? Sengetlah ML ni. Sabar-sabar. Bagi ML, Nur Addin Shah a.k.a Didi sengaja melarang, menyekat dan menidakkan hatinya untuk terus menyayangi dan menyintai Benz Aliff. Cinta pandang pertama yg tercetus dalam sedar dan masing2 tahu Akan hakikat tersebut. Cuma, keadaan yang menjadikan mereka musuh. Hingga lah satu Kejadian yg menyebabkan Didi Terasa hati. Dalam erti kata lain, merajuk hingga menjeruk hati sendiri. Dengan itu dia mengisytiharkan pintu hatinya ditutup serapat mungkin untuk mana-mana lelaki.

Perkenalan dengan Aie, lelaki serabai bermata beku membuka sedikit ruang di hati Didi. Bukan sebagai Kekasih, tetapi sahabat. Dengan Aie, dia tidak kekok. Dia menjadi Addin, head girl di sekolah Tunas. Addin yang nakal. Walau pun Perkenalan mereka singkat, dan hanya berhubung melalui maya Sahaja, tiada apa yg menghalang persahabatan mereka. Dia Terasa seperti bersama kembarnya, Kucai. Semakin lama Semakin selesa hingga dia x malu utk buka rahsia hatinya.

Permintaan keluarga terutama si kembar, untuk dia menerima Benz sbg suami menjadi kan hidupnya sedikit huru hara Namun, dalam terpaksa, dia relakan. Tapi, seorang ke utara, seorang ke selatan. Nama Sahaja duduk serumah, berckp pun x. 

Bila rahsia terbongkar, antara Benz dan Aie, hati Didi rasa tertipu. Rasa dipermainkan. Namun bila kenyataan diketahui, siapa lah mereka untuk menolak kehendak hati. Happy ending. 

Apa yang ML suka ttg Karya ini, walo pun x Ada sifat2. Benz terlebih Gula, I like him. I like the way he protect his angle. I love every single world that he spoke. Oh Mai.. Patutlah mommy Pah jatuh cinta pada Kamu Benz. Tapi ML Lebih suka Nama Aie. Dah sikap gile2 Aie Lebih kpd zaman remaja mereka. Oh ML, sila jgn perasan Kamu masih muda.... 

So, no reason ML nak kasi rate rendahkan? ML ... ML ... Ni 1st novel in 2014 yg ML baca okey... Sila rate tinggi. The answer is nope. Sbb... Ada beberapa ... Bkn beberapa lah... Byk jugak lah part2 bercampur aduk. Means x Ada plot pemisah untuk berlainan plot. ML rasa sedikit terganggu ...yg lain, super duper best...

Rate: 4/5

3 comments:

  1. kak ,,a de jual kat kedai buku ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada... Kat mph ader... Kat popular pun x silap ader gak... Kalo x jumpa jugak, boleh beli kat website jemari seni...ader diskaun lagi

      Delete
  2. Kak area Dungun ade tak jual buku nie

    ReplyDelete