14 January 2014

Rooftop Rant - Hlovate


 

Alhamdulillah... Selepas 10 hari, berjaya juga habiskan novel ni... Bukan bosan, tapi tak ada masa. Moh kita layan dulu sedutan di belakang novel tu. Eh, jap... Kita kasih buat ala-ala review yg mengikut format nak? Nak ker? Tapi, ML x pandai tau... Kira jgn cebikkan bibir anda ya.



Tajuk : Rooftop Rant
Penulis: Hlovate ( Jemari Seni Publishing)
ISBN : 978-967-5118-07-4
Harga : RM 21.00
Cetakan : Pertama 2009 - ML punyer cetakan kesembilan 2013

lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi ycerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
 apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
J
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... Bila mana ''malapetaka' tu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara:

tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... 

tentang Trisy dan Jade... 


tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah 


dan mereka terus bercerita...

sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?


ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....


Cerita ni, terbahagi kepada 4 bahagian.  Bahagian pertama, bagaimana perkenalan si Sugarlady, Khairul Batrisya Mazni (Trisy) dan si Burgerman, Zaid ( Jade). Ah, sudah... Dah lupa nama penuh Jade apa... Ah, biarlah. Kisah bagaimana mereka bertemu, bertegur sapa dan akhirnya menjadi sahabat yang cukup rapat. Trisy, gadis yang hilang arah, hilang kasih sayang dan juga hilang matlamat hidup. Jade pula, hidup dlm keadaan tersepit. Antara kehendak hati dan kehendak keluarga. Dia dibandingkan dgn adik beradiknya, hanya kerana dia kurang bernasib baik dgn pelajarannya. Mereka senasib. Punya masalah dengan keluarga yang kurang memahami. Bezanya, Jade masih disayangi oleh keluarga. Marah kerana sayang. Dan Trisy, tak ada siapa yang peduli melainkan Buk Jah, pembantu rumah Indonesia itu.

Umur meraka berbeza 4 tahun. Trisy 16 tahun dan Jade pula, 20 tahun. Tapi, apa yang aku perasan, Trisy terlampau matang. Tak pasti, apa yang mematangkan dia. Nak kata pengalaman hidup dia.... Hemmm... Mungkin... Tapi, dia lone ranger. Tapi, tak tahulah...hidup dgn pills, choc, hidup yg membosankan... Hemmm... Boleh ke jadi matang? Haik..... Tapi, ... Ah... X kisahkan.

Kemudian, mereka terpisah. Terpisah kerana satu perkara. Bila Trisy sudah tak mampu untuk terus hidup dgn menghadap benda-benda yang membebankan hidupnya. Untung ada Jade. Lelaki budiman  pada aku. 

Bila masuk fasa kedua cerita ni, kisah si Trisy di Johor. Trisy dilontar dan dihumbankan ke kampung halaman ayahnya. Tinggal bersama Opah dan Atuk. Dan kemudian, Azwan a.k.a Pak Su Wan yang kerjanya dah macam pegawai agama Islam. Tapi, semua tu menjadikan Trisy "orang". Dah tak ada si Trisy berambut ala-ala anak burung. Dah tak ada baju lambang tengkorak bagai. Yang ada, Trisy yang sopan, gadis pemalu, stok gadis Melayu terakhir gitu...

Fasa ni, aku sedikit kecewa. Kecewa dengan Jade. Langsung tiada khabar dari Jade. Kalau aku jadi Trisy, confirm merajuk 4 tahun... Tapi, mungkin sebab Trisy x ada kawan lain, dia sentiasa ingat pada Jade. Fasa kedua ni juga, merupakan Fasa kerinduan di hati Trisy. Pada aku, perasaan tu dah wujud. Cinta yang luar biasa antara Jade dan Trisy. Bila Trisy agak sasau bila Jade tiba-tiba hilang, aku turut terasa... Hadoi... Jade...Jade... Kenapalah buat mcm ni.

Masa fasa ketiga, Hlovate dah pergi kepada part Jade. Apa jadi padanya... Macam mana fasa perubahan hidup Jade. Kemudian,  fasa 4, kisah Trisy di Aberdeen. Bagaimana Lekiu, lelaki yang tak pernah putus asa mengejarnya. Biasalah kan buaya, kalau biasa nak dapat, sekali jumpa ice lady,  terus rasa tercabar. Pada mulanya, aku fikirkan Trisy menolak kerana Jade. Tapi tak sebenarnya . Dia lebih risau jika Lekiu x mampu menerima siapa Batrisya yg sebenarnya. Keluarga dia, dan segala-gala miliknya yang tak semua orang akan faham. Tak semua orang akan terima. Hanya seorang. Jade. Only Jade.

Semasa pulang ke Malaysia, Trisy buat perangai lama kembali. Lari dari rumah. Setengah sasau Pak Su Wan mencari. Salah dia juga. Suka memaksa. Tetapi, dia memaksa untuk kebaikan. Sampai bila Trisy mahu menjauhkan diri dari keluarganya. Memang, ibu dan ayahnya, langsung tak ambil peduli kepadanya. Tetapi, sebagai anak, buruk macam mana pun, kita harus terima. Tadah lah telinga, perit macam mana sekalipun. Tabahkan sahajalah hati. Namun, reda ibubapa perlu ada dalam setiap urusan dunia. Dan tak semena-mena, muncul Jade. Jade yang sama seperti dulu. Jade yang risau keadaan dirinya. Jade yang risau tanpa gula dalam darahnya. Jade. Only Jade.

Final, Trisy menerima usul Pak Su Wan. Untuk terus diikat dengan Jade. Diikat dengan erti kata sebenar. Kata Jade, Be my wonderwall. Oh mai... Byk hikmah perkahwinan Trisy dan Jade . Keluarga Trisy sudah mula bercantum. Walaupun, tidaklah seperti keluarga orang lain, namun, sudah mula menunjukkan, "they're my family. " 

Seperti biasa, karya Hlovate sarat dengan pengajaran. Bagaimana membina hubungan dengan pencipta. Hubungan dengan manusia sekeliling. Tersasar sekali, tak bermakna x boleh patah balik. Setiap perkara yg berlaku, tentunya ada hikmah yg tersembunyi. Allah tak duga hambanya dgn apa yg x mampu ditanggung. Hlovate, seperti tak dpt dipisahkan dengan lagu-lagu yang mana, sarat dengan makna. Tersurat dan tersirat.

Akhir kata, ML suka. 
Dealing with the past and living the present and fighting for the future
Live well or live hell? You choose.
What are your dream? Eternal happiness

Rate : 5/5

15 comments:

  1. fuhh full rating sis?! kena msk list ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni akak punya pandangan jer.. coz rasa sarat dgn pengajaran. being a mother kdg2 terfikirka juga, berjayakan daku menjadi ibu yg baik..utk hasilkan anak yg baik.. huh... cabaran tu...

      Delete
  2. wah teruja nak baca lagi ni ~~ hari tu baca tapi dah lupa jalan cerita. :))

    ReplyDelete
  3. Rooftop Rant is one of my favourite novel...xkan kasi orang pinjam whatever it takes. selalu je ulang baca.sampai dah nak lunyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sama mcm ML.. kalo sayang memang x kasi pinjam pd saper2

      Delete
  4. saya nangis gila time bc Roofop Rant
    rasa mcm bc kisah diri sendiri la

    ReplyDelete
  5. pergghhh..aku penah la baca buku ni skli..pastu sepupu sepapat aku pakat pinjam..terus buat harta..last skli aku dgr citer..buku tu dah selamat terjual balik ke mane mane..hahaha..nak marah pon dah tak guna...aku gelak je laaa...tapi mmg aku suka btl la pnulisan karya hlovate ni..lagi best dari novel cintan cintun yg xde moral of the story tu..kikiki..

    p/s:kalau kau sudi nak jengah blog aku..ni ha linknya..heee...ok bai..
    http://latteiskopishop.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. sya dah baca jugk.. rasa mcm sweet sgt diorg wlpun xdk guna bhsa2 manja. hlovate nya novel memg boleh buat org tringat2 smpai bertahun2.huhu.. bru skarng dpt kumpul karya hlovate nie buat koleksi tupun nasib baik nmpk pts ada buat jualan fb..
    tp sis, cuba baca "vehaen:sebuah cerita".(sja nak share) saya x ingt siapa penulis nya.. xdk la scene cinta lelaki/prmpuan. tp ukhuwah antara sahabt tu rasa sweet sgt..

    ReplyDelete
  7. Dkt mane boleh bace full story

    ReplyDelete
    Replies
    1. x ada rasanya. boleh beli novel... gerenti puas hati dan mmg x mengecewakan

      Delete
  8. Hello, nak tnya akak ada lagi buku ni? Kalau ada saya nak beli buku ni dri akak boleh? Sebab dh lama carik tp x jumpa, tringin sngt nk baca. Terima kasih

    ReplyDelete