18 May 2014

Gurindam Jiwa - Hlovate, Imaen & Noor Suraya.


 

Judul : Gurindam Jiwa
Penulis : Hlovate, Imaen, Noor Suraya
ISBN:  9789834321758
Harga : RM 21.00
Cetakan :  2007(ML Punya Cetakan   ke-5, November 2013 )
Terbitan : Jemari Seni 


Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
Ceritera II: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."
Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara


Allah.... Rasanya, ni naskah paling lama ML ambil masa utk habiskan. Sampaikan, ML tangguh dan habiskan 3 buah novel, barulah ML berjaya habiskan Gurindam Jiwa ini. Sejujurnya, mmg ML rembat GJ ni, atas dasar Hlovate. Konon, nak habiskan karya Hlovate sblm PBKL2014. Ternyata, karya ni, telah menangguhkan dan secara kebetulan, ML bz, mood membaca menurun, dan akhirnya, berkurun baru ML habiskan.

3 Penulis. ML suka dengan Schubert's Serenade karya Hlovate. Bagaimana perkenalan dengan si abang tiri yg bermula dengan dingin dan benci bertukar menjadi sebuah hubungan yg amat akrab. ML suka cerita ini. Seriusly, emosi ikut terbuai sama. Cuma, mungkin kerana ini cerita pendek, pengakhirannya membuatkan ML x puas. 

Vendetta ... Cerita ni, membawa ML ke laut. Terjun gunung dan masuk dlm tanah, Maaflah. ML x dpt nak hadam. Cerita yg sekejap-sekejap mcm kat Malaysia, sekejap2 mcm kat oversea. Huh... X masuk dgn akal ML . Maaf. Mmg ni, karya pertama Imaen yg ML baca. Mungkin gaya bahasanya tahap profesional membuatkan golongan kelas bawahan spt ML ni, x dpt nak hadam.

Hati Andriyana karya Noor Suraya juga membuatkan ML tersengguk-sengguk dan menguap. Bahasanya yg agak skima dan laras bahasa tahap tinggi membuatkan org biasa spt ML x mampu hayati ceritanya.

Rate:2/5

4 comments:

  1. ML sila baca Teman Lelaki Upahan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke??/ insya-allah, nanti ML carik. tapi kalo Anon nak sponser, nak jugak.. hahahha

      Delete
    2. cari sekenhen...ramai jual balik. masa sy cari buku terpakai on9 baru2 ni...tp cepat je org lain grab

      Delete
    3. nanti review eh.. baru akak carik

      Delete