Dia... Cinta Yang Kucari - Rehan Makhtar
Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.
“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH
PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?
“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…” - FAREED AL-FATTAH
Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.
“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?” - LUTHFIYA
Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat.
“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH
Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.
“Aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH
Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji.
Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?
Tahniah RM. rasanya novel ini boleh di kategorikan sbg Siri tarbiah. Walaupun hanya fokus kpd benda paling basic dalam hidup iaitu " tiang" yang satu itu. Katalah ML bias. Katakanlah apa jua yg korang nak kata. ML tetap suka naskah kali. Gula itu ada, garam pun cukup. Cuma rasanya perlu di tambah bahan perasa tambahan sedikit.
Mati-mati ML ingat Payed itu seseorg Dari masa silam Fiya. Rupanya tidak. Saat sesi luahan rasa Fina-Lutfi-Laila... X tertahan pula rasa hati. Rasa mata dah masuk Habuk. Juring mata pun rasa basah.
Tapi ML x suka pengakhiran Antara Kaxx Dan Fina. Klishe Sgt bila kawan baik jadi biras.. Ouhhh please. Novel ni pun agak tergesa-Gesa untuk dihabiskan... Apa pun masih ML masih memilih 4 bintang. Dan insya-Allah... Akan di koleksi untuk si anak Dara nanti
Rate: 4
No comments:
Post a Comment