31 May 2020

Sweet - Farah Husain


Blind date
Noun
A social engagement with a person one has not previously met, arranged with a view to the development of a romantic or sexual relationship.
e.g: Adelia met Johan on a blind date
Pertemuan pertama mereka terjadi hasil aturan kawan baik masing-masing. Disebabkan salah faham yang terjadi di awal perkenalan, blind date mereka tidak berakhir dengan baik.
Bagi Adelia, Johan itu seorang lelaki yang tak gentleman, yang suka buat andaian sendiri, self-righteous dan a total douche!
Bagi Johan pula, Adelia itu…cuma mangsa keadaan? Mereka bertemu ketika angin Johan tak baik. Senang kata, Adelia itu berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Kalau ikutkan kata orang lain (baca: wanita lain), dia selalu dilabel sebagai Mr Charming yang sweet.
Bagi si kawan-kawan baik; Syasya dan Fariz, Adelia dan Johan ini, sangatlah sesuai bersama. Cuma masing-masing perlu beri peluang pada diri sendiri untuk saling mengenali.
Dan, saat hati masing-masing dah saling berkata ‘aku cinta padamu’, mulalah anasir-anasir jahat muncul. Kenapa ketika Adelia dan Johan sudah mula larut dalam kemanisan cinta mereka, Marissa dan Kamal perlu muncul kembali?
“Marissa tu kisah lama I, Adelia!” ~ Johan.
“Dan Kamal tu pula tak ada kena mengena dengan I” ~ Adelia.
“Habis tu yang kau orang berdua sampai bergaduh ni dah kenapa?” ~Syasya
Akan kekal maniskah cinta Adelia dan Johan? Atau Marissa dan Kamal akan kembali mengambil tempat dalam hidup mereka berdua?
 

27 May 2020

Katakan Saja - Hani Fazuha



Pertemuan pertama mereka hanya sebab sekeping roti. Bagi Nur Azzahraa, roti itu sangat bermakna. Tapi bagi Tengku Khalief, ia hanya sekeping roti yang terjatuh dan terpijak.

“Ambil dompet ni, pergi beli kilang roti.” – Tengku Khalief.
Angkuh dan sombong plus cerewet, Tengku Khalief di anggap ‘VIP gila’ di resort tempat Azza bekerja. Dan kegilaan Tengku Khalief itulah yang telah mengubah hidup seorang Nur Azzahraa.

“Kenapa Tengku buat semua ni?” – Nur Azzahraa.
“Untuk halalkan yang haram.” –Tengku Khalief.
“Tapi, tak bermakna yang halal itu hanya untuk dilihat saja depan mata.” – Tengku Khalief.

Berkahwin dalam usia muda dengan lelaki yang baru dikenali beberapa hari, sesuatu yang agak tidak logik. Tetapi demi selamatkan maruah diri, Azza menurut. Dan menjadi isteri tanpa cinta, sangat mencabar buat Azza. Apatah lagi bila Tengku Khalief sudah ada wanita lain bernama Jazlin.

Dalam perasaan yang meragukan, dalam prasangka yang sering membunuh kepercayaan, Azza akur yang dia tak berhak untuk dapatkan apa-apa dari lelaki bergelar suami.

“Kejujuran tak semestinya akan buat kita nampak mulia di mata orang lain.” – Tengku Khalief.

Masalahnya, di mana mahu dicari kejujuran itu? Jika di hati,
Azza tahu dia pasti akan gagal mencari kerana hati Tengku Khalief bukan untuknya.

Persoalannya di sini, siapa sebenarnya yang ada di hati Tengku Khalief? Azza atau Jazlin? Jika bukan sebab cinta, apa sebenarnya yang mengikat Tengku Khalief dan Azza menjadi suami isteri?