Showing posts with label Suara Hati. Show all posts
Showing posts with label Suara Hati. Show all posts

05 June 2019

Marry Me Senorita - Suri Ryana


“Marry me, seΓ±orita.” - Isa Alejandro.


Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

03 June 2018

Panahan Cinta Mr Agoraphobia - Suri Ryana




Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham hingga menyebabkan Tuan Faleeq mengelar Thalia pencuri manakala Thalia pula menggelar Tuan Faleeq sebagai penculik.

Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua. 

Kebarakan di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan Group. Kala itu, Tuan Faleeq sedang menghidapi agoraphobia. 

Lelaki itu kini sering diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada di khalayak ramai. Tapi, apabila berada dekat dengan Thalia, dia terlupa dengan penyakitnya itu membuatkan keluarga lelaki itu nekad untuk menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh seperti sediakala,

Termakan budi dengan Tuan Faleeq sekeluarga menyebabkan Thalia rela disatukan dengan lelaki itu. Motif Thalia cuma satu. Mahu Tuan Faleeq sembuh dari penyakit agoraphobia yang dihidapinya. 

Bahtera rumah tangga dilayarai dengan rasa gugup dan kekok pada mulanya, tetapi bercambah menjadi hubungan cinta yang mengasyikkan. Bahagia yang terbina diuji saat rahsia silam yang melibatkan dua keluarga ini terbongkar...