05 June 2019

Marry Me Senorita - Suri Ryana


“Marry me, seΓ±orita.” - Isa Alejandro.


Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

06 May 2019

Berikan Kesempatan - Hani Fazuha


Bagi Humaira, Luna adalah segalanya. Adiknya itulah satu-satunya darah daging yang dia ada. Kerana itu, dia sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi impian si adik walaupun terpaksa menjadi orang gaji.

“Kalau awak kahwin dengan saya, semua urusan adik awak sambung belajar saya akan tanggung.”- Tuan Rafeq.

Tawaran majikannya kedengaran tidak logik tetapi Humaira terpaksa berfikir banyak kali demi kasihnya pada seorang adik.

“Tuan nak kahwin dengan saya sebab apa sebenarnya?” – Humaira.
“Sebab papa saya yang nak. Senang untuk awak jaga dia.”- Tuan Rafeq.

Misi mereka berbeza tetapi tujuannya tetap sama. Sebuah perkahwinan. Humaira bersetuju tetapi perkahwinan mereka perlu dirahsiakan.

“Malam ni tidur bilik saya lagi!” - Tuan Rafeq.
“Eh! Tak boleh, nanti apa saya nak jawab dengan Luna dan Kak Yah?”- Humaira

Kenapa perkahwinan mereka perlu dirahsiakan sedangkan tiada siapa pun yang menghalang? Apa akan jadi bila Humaira rasa dia sudah tidak diperlukan oleh Tuan Rafeq dan pergi membawa diri?

“Saya tak akan lepaskan awak, Humaira. Ke hujung dunia pun awak lari, tetap awak bawa status sebagai isteri saya.” – Tuan Rafeq

22 April 2019

Shhh.. Rahsia - T SEA


“Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya.”

Menjadi penulis popular yang anonnymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka.

Kemunculan Dani memberi impak yang besar pada Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu persatu rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya. 

Kejutan demi kejutan berlaku dan selepas tu...

29 March 2019

PBKL2019



Assalamulaikum...

Lama tak bersiaran disini.... ML sedikit busy... tapi mood membaca pun kelaut. baru 2 biji kot novel yang berjaya dibaca... tapi belum buat review lagi. 

cuma ML nak share kat sini... PBKL2019 dah nak muncul. 29 Mac hingga 07 April 2019. so.. apa lagi... siapkan list novel yang akan di beli... ML target wajib beli novel² berikut..