29 June 2011

1st Day again

Hari ni, aku terpaksa(mood kerja masih x ader) untuk melaporkan diri di JPA. Pukul 8.00 pagi tepat, aku sampai ke sana dihantar oleh My pakcik. Thanks a lot pakcik. hehehhe kebetulan pula pakcik sedang bercuti kerana esok dia ada exam. So konon nak study lah tu.... Sampai di sana, aku lihat Mariah, budak course Psikologi dah ada di situ untuk melaporkan diri. Proses di JPA memakan masa hingga pukul 12.30 tengahari barulah selesai segala-galanya. Penatnya menunggu. Maklumlah, rata-rata yang buat kerja merupakan kakitangan baru berkhidmat. Aku sempat complain pasal penulisan surat diarang yang agak carca merba. Tapi rasanya aku dahulu masih elok hasil kerjanya walaupun diriku tidak berurusan dengan klien. Sepatutnya, mereka juga perlu lebih konsisten. Setelah mendapat surat penempatan di JPM, I had my lunch with Mariah di JPA... makanannya mai ai.. cukuplah meriah... macam-macam ada...

Pukul 1.30 tengah hari, kami berangkat ke Masjid Putra untuk solat Zuhur. Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Masjid di siang hari. Keadaan masjid penuh dengan pelancong-pelancong. Mariah cakap, masuk lambat sikit, sebab sure diarang lambat coz luch. Pukul 2.30 petang baru lah kami bergerak ke sana. Tapi nampaknya, lambat juga. Kami jumpa kerani yang incharge tu hampir pukul 3 petang. Sabar jer lah. Lepas tu lak, diarang suruh kami pergi lepak di Library. Acara wajib bila mula-mula melaporkan diri di jabatan kerajaan. Kebanyakkanlah.. mmg duduk menghabiskan masa di library jer lah.. ingat lagi pengalaman beberapa hari lepak di library Treasury di Jalan Duta dulu. Tapi kat sini, x samapai 5 minit kami di library, kerani yang in-charge tu menyuruh kami melapor diri kembali ke office.. ishk... then suruh kami lepak-lepak kat situ pulak... that all my story for my 1st day again, after 9 years...

No comments:

Post a Comment