27 June 2011

Karak


Em.. malam ni, x ader program yang aku buat dan pakcik lak bukak movie karak untuk tatapan kami anak beranak. Filem arahan abg Yus kita ni berkisahkan sekumpulan 4 pelajar yang terkandas di dalam kesesakan jalan raya di Lebuh raya Karak menuju ke Kuantan. Kesesakan berlaku akibat berlakunya kemalangan maut juga di highway karak . Disebabkan ingin sampai awal di Kuantan memandangkan masing-masing mempunyai kelas pada sebelah paginya, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan jalan lama sebagai laluan alternative. Apabila sampai di stesen minyak, mereka berhenti untuk membuang air. Di situlah bermulanya apabila mereka mula diganggu dengan hantu..
Setelah itu, mereka mengalami kemalangan jalan raya apabila ingin mengelak daripada terlanggar sorang kanak-kanak sedangkan kanak-kanak tersebut merupakan hantu. Kereta mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung. Pada masa tu Shira tercampak di tempat lain dan kawan-kawan nya pula tercapak di tempat lain. Pada masa ni aku dah buat conclusion sama ada Shira tu dah mati ataupun dia sorang jer yang hidup. Selepas tu, mereka jumpa rumah orang asli iaitu Pak Malam… huhuh… semasa di rumah tu, beberapa kejadian telah berlaku. Dan yang paling aku suka kat part hantu tu Tanya Shira, kata beriman, kenapa lari??? Ader la pulak hantu boleh cakap macam tu kan.. kekkeke.. anyway… citer ni x der lah seram sangat tapi may be sebab aku menonton di rumah kot. Rasanya effect dia lagi hebat sekiranya menonton di pawagam.

No comments:

Post a Comment