11 June 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Akhir2 ni, aku asyik terjumpa blog milik para isteri yang kehilangan suami tercinta. rasa sayu menyusuri setiap kali membaca bagaimana ketabahan dan pengalaman mereka semenjak kehilangan separuh daripada nyawa dan cinta hati mereka. namun, pujian harus diberikan kerana mereka sememangnya tabah dan bangkit demi anak-anak. selain daripada amanah, anak-anak juga menjadii pengubat rindu kepada arwah suami masing-masing.

catatan kali ini, lebih kepada peringatan kepada semua bahkan juga kepada diri sendiri. aku selalu bincangkan berkaitan dengan hal ini kepada adik2 aku semasa di kampus dulu. bukanlah mendoakan pemergian insan bergelar suami kerana, mati itu pasti, siapa yang dahulu pergi, cepat atau lambat, hanya Dia yang lebih mengetahui. namun sebagai wanita, seharusnya, setiap orang boleh menggap catatan aku ini sebagai panduan. tapi seperti biasa, ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja.
semasa aku masih di sekolah menengah lagi, aku pernah dikhabarkan dengan pemergian suami kepada salah seorang jiran sekampung aku..kalau tidak silap ingatanku, ketika itu, wanita tersebut berumur akhir 20-an. perkongsian hidupnya bersama arwah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. apabila suami nya meninggal, wanita tersebut pulang ke kampung halaman yang mana sebelum ini menetap di tempat kelahiran arwah suaminya. apa yang aku lihat, wanita tabah itu, berdikari untuk membesarkan anaknya tanpa membebani kaum keluarga yang lain kerana dia mempunyai pekerjaan tetap dan juga berjawatan tinggi di salah sebuah sektor swasta yang sememangnya gah di Malaysia. tapi, aku percaya, seandainya dia tidak bekerja sekalipun, keluarga akan tetap membantu
dua tahun lepas juga, rakan aku telah kehilangan suami akibat demam denggi. aku sempat berjumpa dengan arwah suaminya di hospital kerana kebetulan, anak aku juga terpaksa ditahan di ward akibat cerit berit melampau...kalau sudah tertulis, kita x mampu menahan takdirnya. rakanku itu juga baru dua tahun lebih mendirikan rumah tangga.
apa yang aku ingin utarakan di sini adalah perlunya seorang wanita mempunyai pekerjaan tetap. aku selalu menasihati adik-adik serta rakan-rakan terutama fresh graduate agar mendapatkan kerja tetap tidak kiralah besar atau kecil gaji itu. selain itu juga wang simpanan. apabila berlaku kematian terhadap suami, sekurang-kurangnya, wanita tersebut ada pekerjaan untuk menyara kehidupan terutama anak-anak. aku pernah melihat di kalangan wanita pertengahan umur yang kematian suami di usia 4o-an, mereka terkial-kial mencari pekerjaan. untuk memohon pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah di tambah pula keadaan ekonomi sekarang yang kurang stabil. sementara itu, syarikat-syarikat tempatan mahupun kerajaan sendiri tidak menerima permohonan pekerja yang sudah berumur kecuali untuk kerja-kerja yang melibatkan perkhidmatan seperti membersih bangunan dan seumpama dengannya. seandainya suami meninggal di waktu muda dan si isteri mempunyai kelulusan, insya-allah, rezeki anak-anak tentu ada. apa yang aku katakan di sini adalah sekiranya suami pergi pada usia 40-an ke atas. aku pernah terfikir dahulu, ibuku hanya seorang suri rumah, apakah yang akan berlaku sekiranya abahku pergi.
catatan ini bukannya nak mengguris hati sesiapa.. ianya sekadar peringatan terutama kepada diri sendiri. kerana kadang-kadang, aku juga rasa ingin menjadi suri rumahtangga namun bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang kita tidak ketahui, aku pendamkan sahaja. kekadang terfikir juga, adakah dengan gaji yang aku perolehi sekarang, aku mampu? then , fikir secara positif, Allah akan menduga dan menguji hambaNya mengikut kemampuannya... Insya-Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan.... sekiranya kita diuji, bersyukurlah, kita terpilih untuk diuji olehNYa

No comments:

Post a Comment