24 November 2011

Harimau Muda vs Helang Merah



maaf.. mlm tadi, hanya 20 minit terakhir jer...kenapa??? sebab.. mood tgk bola x der... excited coz my mum dapat cucu baru.. hehhe...actually, bukanlah cucu baru sebenarnya.. sebenarnya sepupunya dapat baby... sepupu my mum ni muda lagi.. baru 26.. dia ni mak bapak dah meninggal... so, dah anggap my family ni mcm family dia jugak.. bila bersalin ni... my momlah jadi org tua.. uruskan macam² hal.. mcm tu jugak masa diarang kawen. kami satu familylah yg berpenat lelah.masa aku kawen pun x der mcm tu penat. aku jugaklah jadi tukang running dan bawak pengantin ke hulu ke hilir.. tapi x perlah.. tolong anak yatim...

lagi satu.. aku tak budget skuad harimau muda ni boleh menang.. maaflah.. bkn nak memperkecilkan mereka.. tapi, masa aku tgk, senarai pemain tu ... rasa mcm dah x leh menang... kenapa yer....??? this is my reason.

  1. Kepenatan masih berbaki. memanglah, x semua yang main mlm tadi main di Sukan Sea... tapi, sebahagian besar ada bermain... dan sebahagian besar pemain utama x bermain atas alasan dah terlebih  umur  tahun depan... huhuhu.. sabar jer lah....
  2. Fizikal: Team Syria mempunyai fizikal yg kalo kiter tgk.. mamang berbeza sgt la... 
  3. Laju: game mlm tadi diarang laju sgt.. x terkejar kiter...
walauapapun, our tiger dah berikah commitment yang cukup baik.... 

p/s: cuter jer si Nazmi Faiz (No. 21) duk berlari² kat atas padang... mcm bdk kecik kejar abg² main bola jer.. hehhehehhe.. jgn marah...tapi dia nampak masih takut²... rileks la derr.....

Ini kenyataan there big boss
Hilang fokus dan keletihan pada separuh masa kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad Olimpik negara kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil rabu malam.Ketua jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee berkata kelalaian benteng pertahanan pada separuh masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka peluang kepada Syria untuk menjaringkan gol kedua.
  “Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua permainan.“Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan itu ekoran beberapa masalah yang menimpa pemainnya.“Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas dan tidak boleh beraksi manakala Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bahrain Ahad ini,” katanya.Mengenai persediaan menentang Bahrain di stadium sama, jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi pada rabu malam.

“Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail serta Syahrul Azwari Ibrahim untuk mengembalikan peluang kita menduduki tangga kedua kumpulan (di belakang Jepun),” katanya.
Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih Syria Immad Eddin Khankan berkata beliau kagum dengan corak permainan Wan Zack Haikal Wan Noor.
“Dia berupaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami berjaya mengawalnya sepanjang permainan,” katanya.
– BERNAMA
lagi berita di Metro

No comments:

Post a Comment