18 September 2015

September - Farah Husain

September -  Farah Husain


Niat Nur Jazleen hanya mahu membantu temannya tapi, siapa menduga dia ditemukan kembali dengan kisah silamnya, Zayn Akmal. Namun, Zayn hari ini bukan lagi Zayn yang dikenali dulu. Kelembutan bicaranya sudah hilang dan tiada lagi sinar cinta di matanya.

“Jauhkan diri kau dari adik aku, Jazleen. Kalau tak..” – Zayn Akmal
“Kalau tak, awak nak buat apa?” – Nur Jazleen
“I’ll make your life a living hell. Mark my words, Jazleen.” – Zayn Akmal

Tiga tahun dahulu, mereka bertemu dan jatuh cinta pandang pertama. Bagi Zayn, Jaz adalah adalah segalanya. Apa saja dia sanggup lakukan dengan kebahagiaan Jaz. Tapi ada sesuatu yang ‘menghalang’ Jaz untuk menerima cinta Zayn. Dan... bermulalah penipuan demi penipuan sehingga Zayn jadi kecewa.

Kini, takdir menemukan mereka kembali. Masing-masing cuba menafikan rasa yang masih wujud di hati. Namun, makin mereka cuba menjauh, makin takdir mendekatkan mereka. Dan kehadiran si dia bernama Ariq menambahkan lagi kusut keadaan. 

"I hate that I hate you, Jaz." – Zayn Akmal
“So what do you suggest we do, Zayn?” – Nur Jazleen

September menyaksikan dua hati bertemu, berpisah dan bertemu kembali. Mampukah peluang kedua ini menukar kesudahan kisah mereka seperti yang diinginkan hati? Atau kisah ini akan terus luruh bersama waktu?


September? Why September....Because .....


Naskah FH bermula dengan baik. Keterujaan membacanya terasa walaupun ada beberapa patah perkataan yang tertinggal dan mencacatkan ayat, tapi boleh di maafkan... Konfliknya nya... hemmm.. kurang berperisa.



Hanya kerana salah faham... hanya kerana cemburu, seorang Zayn berpisah dengan seorang Jazleen. Iyokkk... ML tak pasti, berapakan umur si Zayn... tapi Jazz.. tentulah budak2 baru nak naik. 



Pembacaan jadi semakin mengelirukan terutama pada bab-bab terakhir. adakah kerana blood pressure ML naik ke haper,... ML tak pasti. Tapi.. jiwa ML terganggu dengan perubahan masa yang sekejap setahun setengah sekejap 4 tahun tu. dan tiba2 bila si Meen hidup kembali, ML pun terdetak jugaklah di dalam hati ... FH.. this is not you.... come on... wake up babe... this is not you.... macam mana pulak boleh hilang identiti ni... rasa dah membaca novel entah siapa-siapa... dah x ada FH di pengakhiran cerita.



Keterujaan ML hilang begitu sahaja. Sorry to say... novel ini hanya biasa-biasa sahaja. tak mampu nak pujuk ML untuk bagi bintang yang berblink-bink walaupun FH ..


Rate: 3


2 comments:

  1. Exactly.. timeline ada confusion kan.. dah repeat part ending tu pun still x dpt.. huhuhu..

    ReplyDelete