22 March 2021

SCANDAL DEPAN RUMAH - HANI FAZUHA




Kembali semula ke daerah yang telah lama ditinggalkan, bermaksud kisah silam yang cuba dilupakan akan tersingkap kembali. Tapi demi ibu, Aina redah juga.

“Saya masih cintakan awak, Aina. Saya sanggup berpisah Maria.” – Fiqree

“Kau jangan nak buat dosa kering, scandal dengan laki orang.” - Zahran

Fiqree adalah kisah silam Aina. Lelaki kayangan anak jiran depan rumah. Dan Zahran pula, anak jiran sebelah rumah, lelaki yang tahu rahsia kisah cinta mereka.

“Abang ikut adat. Nak anak, kena minta izin dengan ibunya.” - Qalam

Mohd Qalam pula, anak penghulu kampung, jiran belakang rumah yang muncul menambah perisa. Hidup Aina terus jadi kucar-kacir. Tak cukup dengan itu, peristiwa paling buruk tiba-tiba melanda dirinya. Dan tanpa disangka, Zahran
hulurkan untuk membantu.

“Mak aku yang nak aku kahwin dengan kau.” - Zahran

“Yang nak hidup dengan aku tu, kau. Bukan mak kau.” - Aina

“Hidup jer la macam biasa. Tak mati pun kalau kau kahwin dengan aku.” - Zahran

Betul, memang tak mati pun kalau kahwin dengan Zahran. Tapi Aina boleh mati berdiri dengan mulut bisa lelaki itu.

Memilih Fiqree, bermaksud Aina akan digelar perampas seumur hidup. Memilih Qalam, bermaksud Aina akan hidup dengan menelan hati sendiri. Dan memilih Zahran, Aina mungkin akan sentiasa lari balik ke rumah ibu.

“Aku ni nampak macam anak mak sangat ke sampai kau fikir aku buat semua perkara sebab mak?” - Zahran

Di akhir cerita, hanya bahagia yang Aina mahu. Tapi siapakah sebenarnya yang mampu memberi bahagia itu?
 

10 March 2021

Kenzi X Embun - Anna Lee

 


Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah. “Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. “But with one condition.” Matanya merenung serius. “Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi. “Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah? Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?