10 June 2014

Tiba-tiba Dia Ada - Rehan Makhtar




 

Tajuk : Tiba-tiba Dia Ada
Penulis : Rehan Makhtar
ISBN: 9789670567211
Penerbit : Penulisan2u
Cetakan : Januari 2014 ( ML punyer pun)



Assalamualaikum... Buku ni dah lama ML beli. Kirim pada someone yang gi PBKL awal tahun haru tu. Bulan dua kot kalau x silap. Masa tu memang ML tak sempat nak pergi Okey, kila layan sinopsis dia dulu

Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.
“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie “Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You're my husband. Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.
“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir' dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.
“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie


Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. Adakah mereka berjaya menghadapinya?

1stly... mmg buku ni dah lama. memang ML tahu, ML tertinggal keretapi. Tapi, x kisahlah sebab ML berjaya habiskan buku ni dengan jayanya dalam masa 2 hari. Alhamdulillah...

Okey.. 1stly, mmg ML suka sangat dgn tulisan RM ni. Karyanya memang meruntun jiwa. Beliau memang berjaya heret emosi pembaca untuk terus menjadi diri Aryana. Bila Aryana resah, ML turut resah. Bila hati Arya berbungi dek dipuji Ayie, ML pun turut tersyok skali.. aihhh... memang rasa "SEDANG INGIN BERCINTA"lagilah... hahahha...

Bila Arya sedih kerana menerima perkhabaran duka tentang Ayie, ML pun turut tersiat sama. Dah macam laki aku  dah pulak si Ayie.. Adoi.. RM.. apa kamu dah buat kat ML ni... so overlah ML ni. 

Hidup seorang Aryana yang sangat beruntung. Apapun, sangat berbaloi menantikan kehadiran ARAYIE ni. Buah Cinta dari RM. I like it. Kisah romantik yang pastinya boleh buat ML kena kencing manis. 

Rate :5/5

2 comments:

  1. mmg kencing manis...haha.
    Ayie.Ayie...adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhah....sila check kandungan gula dlm darah anda ya...hihihi

      Delete