26 June 2014

Relevenkah Aku Di Hatimu a.k.a RADHA - Rnysa


Tajuk: Relevankah Aku Di Hatimu a.k.a RADHA 
Penulis: Rnysa
Terbitan :Jemari Seni
tahun: 2006 ( ML punya ke4 tahun 2013)




Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harap?
Ikutilah kisah persahabatan antara Syah, Kaduk dan Ammar dari Taiping ke Tokyo yang berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Syah: gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya

Kaduk: 'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang

Mar Iskandar: lelaki warak penambat hati sukar didekati


Bercakap mengenai RADHA ... ML sangat-sangat bersetuju, Karya ni, mirip Hlovate. Mungkin kerana mereka di bawah bumbung yang sama. Dan juga, mungkin editor yg sama. Atau pun mungkin juga penulis yang sama ? Hemmm... X kanlah.... Apa yang pasti, Hlovate Ada sebut pasal RADHA dlm Karya 5T5B Nya... Hemmmm RADHA pula Terbit tahun 2006?... Apa kah maksudnya?... Dah..dah..dah... ML, ko jgn nak buat spaku sgt lah. Dah nak puasa ni. Sebut pasal puasa.... Insya-Allah, ni novel terakhir ML baca. Ramadan ni, ingat nak Isi dengan perisian lain pulak. Doakan ML ya... 

Okey back to RADHA. Sejujurnya, ML amat terganggu Dgn Nama Ammar. Kebiasaannya, Nama panggilan Lebih Pendek dr Nama sebenar. Namun, Terbaik pulak dlm Karya ni. Ammar Iskandar sering dipanggil Mar Iskandar. Dah lah McM tu, Time Bercakap boleh pulak panggil Ammar. Seriously ML sangat terganggu. Hisk...

Bagi ML, Syah masih kurang matang. Kisah mereka waktu zaman persekolahan, mmg buat ML tersenyum. ML rasa, ML ni mmg Ada sindrom rindu zaman sekolah kot. Suka sgt Kalo novel yg ML baca, Ada  cerita time sekolah. Perjalanan dan kisah di luar negara tu, ML Terasa bosan. 

ML kurang setuju Dgn pendpt sesetgh org yg mengatakan, novel ni bagus utk sesiapa yg suka melancong dan bercadang mahu melancong ke Jepun. Ada info pasal tmpt2 menarik di sana. Tapi, pd ML, info tu semua x ubah McM tya pakcik google je. Sorry to say.....

Apa2pun, 3 star utk moral n Islamic term yg diselitkan. Utk epilog, ML x suka. X tahu kenapa, walo pun sarat Dgn pengajaran dan dekat Dgn ML, sbb ML pun rapat Dgn boys masa kat skolah, tp Karya ni x mampu beli jiwa ML. Rasa kurang Asam dan garam. Tapi, agak bagus utk Karya pertama ya.... Lagi pun 2006, masa tu rasanya x McM sekarang... Persaingan sengit

Rate:3/5

P/s: korang perasan x, ML dah x buat review dah sekarang. Hahahahah.

2 comments:

  1. untuk pembaca novel tekini, bila baca novel2 lama akan terasa corak itu berubah sangat... mungkin ada generation gap. kecuali kalau memang seseorang itu memang suka gila baca...tak kisah semua tu pun.
    ps: perasan sangattt...kenapaaaa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. M.A.L.A.S kot.. tu yg jadi komen semata²

      Delete