15 June 2014

Pabila Romeo vs Juliet - E-man Sufi


 

 Tajuk : Pabila Romeo Vs Juliet
Penulis : E-Man Sufi
Penerbit: Karya Seni


AWATIF, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.
“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –AWATIF SULAIMAN
Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - KHADIJAH, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – AWATIF

“Abang Ayyad kaulah.” – KHADIJAH, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -AWATIF

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya  waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!
Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?


Novel ke empat karya berkembar kak E-man Sufi yang ML baca. Bila dah habis baca, rasa patut cerita ni dahulu sblm SYK. Tapi, tu kalau turutan ceritalah. PRVJ dahulu SBB kemudian baru bermula kisah Uwais ngan Hannah. 

Ehhhmmmm... Terasa menyesal pula diperam  cerita ni. Tiap Kali ML baca kisah/part yang ada UWais... ML terbayang Uwais DLM versi BKATC edisi TV... Hadoi.... Asyik terbayang mamat tu jer... Dah x nmpk dah version Uwais yg sengal, romantik mcm ML baca SYK dulu. Parah... Parah. Dan ML mmg x suka.
PRVJ pada ML sedikit kaku. Rasanya, bukan  idea yg bagus utk terus kan perhubung kaitan Antara kisah family UWais ni. Nasib baik ML pernah terbaca. Ni kisah terakhir. Amat menantikan hasil garapan Cikgu hafiZah yg lebih baik.

Dalam keempat Karya E-man Sufi, ML paling suka SYK Dan BKATC. It's complete. Bkn hanya PD watak utamanya, jugak watak tempelan. Naskah NI lebih kepada siri reunion. Kedua2 watak Awatif Dan Ayyad, BG ML. Tak Cukup kuat kerana isu ceritanya x kukuh. Selingan kisah UWais yg mmg kita dah tahu kesudahannya, diceritakan spt ulang tayang kembali. Sedangkan, x perlu kot SBB ni kisah Awatif Dan Ayyad. 

Apapun, masih percubaan yg baik utk menambat hati peminat UWais. 

Rate:3/5

Psssttt.... patut turutan dia mcm ni PRVJ, SYK, HCSPH, BKATC

2 comments: