22 June 2014

Seadanya Kamu - Iman Xara





Segunung debu pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap dapat kucium harummu.


Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.

Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.

Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.

Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?

***

IMAN XARA menulis dengan bahasa dan susunan kata yang cantik untuk menelusuri kisah Julia dalam menempuh dugaan hidup dengan tinta yang berbeza dalam Seadanya Kamu.



Adoi...hemmmm.... Apa eh ML nak ckp pasal novel ni.? Ternyata teaser yg di keluarkan Oleh JS mmg menarik minat ML. Boleh kata mmg tertarik kebaboo... Nak-nak part tu yg mmg sgt bagus. Punca segala permasalahan. Tapi, Sayangnya, novel ini terlalu slow. Berkali-kali ML menguap semasa membacanya. Berulang kali juga ML Cuba Pujuk hati, x semua novel JS cam Gini. Betol. Tapi Kalo dah kerap kali Kena, nak buat McM mana kan?

Apapun, ML suka Dgn permasalahan mereka. Dirogol Tanpa sedar. Bertuahnya seorg bernama Julia kerana dia dikelilingi org yg betul2 memahami dia. Penceritaan cik penulis membuatkan ML agak terganggu. Kisah hidup Zulfa yg bersilih ganti Dgn kisah hidup Julia membuatkan ML sedikit menyampah dan bosan. Ini perasaan ML Sahaja ya.. X Ada Kena méngejar Dgn org lain.

Part menghantar kembali Baju kurung sutra biru tu, ML dah boleh agak dah. Hahahaha... Walau pun sedikit x manis, tp... Masih boleh di terima. Cuma ML tertanya-Tanya juga, McM mana Julia ni hadap situasi bila dia dtg nak jumpa Firas tp Firas x Ada. 

Apapun...haih... X tahu nak ckp dah...

Rate:  2/5

2 comments:

  1. Novel JS selalu dibaca dengan teh ~~ tenang dan slow... haha. Belum baca yang ini lagi. Esok2 dah raya baru cari. ;) Selamat berpuasa Mdm Lola. pst: nasib Mdm Lola ini bukan yang popular dek mengabaikan anak OKU tu. Serius teringat ML. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa....

      Uitkkkk... ML bkn pn. Lola tau... Nak Kena tukar Nama ni... Huhuhuh uh

      Ni bkn takat minum air tea... Kena air kopi... Baru x ngantuk

      Delete