21 September 2014

Pemegang Watak Cinta - Nurrul Shuada

 



 
“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”

Dan dari situ segalanya bermula...

WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.

TENKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.

Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?

“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI

“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENKU AAKIF NAWFAL

“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI

Hemmm...mcm mana nak ckp eh... Keseluruhan karya ni, santai. Jalan ceritanya sedikit mendatar... Sedikit jer... Penulis kurang bermain emosi. Tapi, bijak hidupkan watak sengal si Wafa dan Mar. X tahan betul nak gelak part cadangan merapu si Mar kpd Wafa, bagaimana nak tolak permintaan mak longnya. ML agak tidak suka dengan klimiknyer.. Bila Wafa diminta utk tinggalkan AAkif... Kurang mengancam olahan dr penulis membuatkan karya ini x ada yg special.

ML dah lama tinggalkan dunia Korea-Taiwan-Jepun. So, bila org ckp karya ni sama mcm mana2 cerita seangkatan dgn mereka... ML mmg blur x tahu nak ckp... Cuba korang ckp citer ni sama mcm citer hindustan, confirm ML tahu... Minat yg satu tu masih sebati... ML dan hindustan, bagai irama dan lagu... Berpisah tiada... Hahahhah....
 
Rate:3/5

2 comments:

  1. again.. hi-5 sis! mmg sebati ngan hidustan.. ahahahah..

    ReplyDelete
  2. hehhehe.. tertunggu-tunggu jugak... saper lah nak buat novel ala-ala hindustan... ker dah ada.. kalo ada, ckp eh...

    ReplyDelete